Teknik Jemput Duit Guna Bahasa Bisnes

July 19, 2012 — Penulis:

Kategori: Komunikasi

Pepatah Melayu yang biasa disebut-sebut sepanjang kita tinggal di bumi Malaysia ini adalah, “Bahasa menunjukkan bangsa.”

Bahasa Jemput Duit

Dalam zaman social media seperti kewujudan laman Facebook atau Twitter, terma bahasa boleh diperbaharui dari sudut mata pemilik perniagaan.

Bahasa menunjukkan duit masuk. Bahasa juga menandakan duit keluar.

Fungsi bahasa dalam dunia bisnes adalah penting. Pelanggan membeli produk yang mereka faham fungsi atau mesejnya sahaja.

Bahasa Pemikat Pelanggan

Oleh sebab itu, syarikat-syarikat besar seperti Apple atau Facebook melaburkan wang, masa dan tenaga untuk menstruktur dua jenis bahasa untuk kemudahan masyarakat Malaysia iaitu:

  1. Bahasa Inggeris.
  2. Bahasa Melayu.

Ini perkembangan dari syarikat gergasi. Bagaimana pula bisnes kecil dapat mengambil kesempatan daripada penggunaan bahasa?

#1 – Saya Bukan ‘Sy’

Sekali silap, tidak mengapa. Dua kali silap, tidak mengapa. Kali ketiga, pelanggan pening kepala.

Formula Pemasaran Facebook

Setiap pelanggan mempunyai latar belakang pemahaman bahasa yang berbeza. Ada yang boleh faham bahasa kontot, dan begitu juga sebaliknya. Bahasa kontot boleh mencalarkan kredibiliti kita sebagai peniaga.

Prinsip pengiklanan dan pemasaran di dunia offline sama seperti dunia offline. Guna bahasa penuh untuk membuatkan pelanggan faham mesej yang hendak kita sampaikan.

#2 – Baris Ayat Awak Panjang Sangat

Satu lagi faktor yang membuatkan kredibiliti bisnes kita musnah apabila tersilap menggunakan bahasa adalah ketika kita sedang asyik memasarkan produk di ruangan social media.

Kesilapan yang dilakukan adalah menulis baris ayat yang panjangnya melampau-lampau. Sehinggakan pelanggan pening kepala untuk menghadam maklumat yang kita tulis.

Praktis menulis ayat yang mempunyai maksimum 3 baris sahaja.

#3 – Saya Mahu Visualnya

Tidak semua pelanggan mempunyai cara yang sama untuk menghadam maklumat. Justeru itu, pelbagaikan medium informasi menerusi gambar atau pautan yang berkaitan dengan produk yang kita jual.

Berdasarkan kajian pakar pemasaran social media, penggunaan gambar lebih bagus dalam kempen pemasaran bisnes kita berbanding meletakkan teks sahaja.

Kaji Selidik 2 Iklan Bahasa

Perhatikan ayat iklan yang pertama,

“Prdk jenama XYZ ni mmg bgs utk kegunaan org rmi di luar sanew.”

Ini pula adalah ayat iklan yang kedua,

“Produk jenama XYZ ini memang bagus untuk kegunaan orang ramai di luar sana.”

Pilihan kedua lebih mesra dan bersih di mata pelanggan yang membaca. Elakkan daripada melakukan dosa kecil dalam penggunaan bahasa bisnes.

Saya Suka Bahasa Awak, Saya Beli

Penggunaan bahasa sering disalah guna oleh pemilik bisnes yang berniaga di Facebook. Kesilapan kecil ini membawa impak yang besar dalam membina kredibiliti bisnes yang kukuh di mata pelanggan.

Pelanggan Suka Bisnes

Mulai hari ini, kaji semula setiap patah kata atau penggunaan bahasa yang digunakan dalam ruangan Facebook. Bahasa boleh buat bisnes lingkup, bahasa juga boleh buat bisnes meletup.

Selamat memantapkan kecantikan sosial bisnes kita di Facebook mahupun Twitter.

Kredit: Azimaris, Hubspot, VIP Desk.


Tags: , , ,

Komen (2)

Pendapat anda?