Teknik Pemasaran Viral – Teknik Mendapat 100 Pelawat Setiap Hari

July 27, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Antara masalah terbesar blogger yang baru berjinak dalam dunia blogging adalah masalah kekurangan trafik. Malahan, terdapat sesetengah blogger mengambil keputusan berhenti berblogging sekerat jalan oleh kerana  terlalu kecewa akibat blog mereka kekurangan pelawat.

pemasaran viral

Ibarat kata Michael Dunlop pemilik blog Incomediary.com, ‘A website without visitor is a very lonely place’.

Dalam dunia blogging, traffik boleh diibaratkan nyawa blog untuk terus bernafas hidup dan untuk artikel ini, suka saya untuk kongsikan 2 tip trafik mudah yang boleh diaplikasikan oleh blogger-blogger baru.

Facebook , Twitter , Google +1 Button

Letakkan button laman sosial seperti Facebook, Twitter dan terbaru Google +1. Teknik ini boleh dikatakan teknik paling senang untuk mendapatkan 100 pelawat setiap hari secara konsisten. Sangat rugi mana-mana blog yang tidak meletakkan button laman sosial ini untuk menjana trafik.

google plus, social network terbaru keluaran Google Inc

Bahkan, blog Majalah Niaga sendiri menerima lebih 40% sumber trafik adalah dari referring sites seperti Facebook dan Twitter. Dan semestinya sumber trafik ini hasil dari button laman sosial yang diletakkan pada setiap entri.

Untuk menggunakan cara ini, terdapat beberapa tip yang perlu diberi perhatian, bagi mendapat hasil yang optimum :

  1. Artikel berkualiti – Entri perkongsian yang diterbitkan mestilah berkualiti dan ikhlas untuk membantu para pembaca. Barulah pelawat tidak teragak-agak untuk klik like, tweet sebagai tanda penghargaan, terima kasih di atas perkongsian kita.
  1. Letakkan button sebelum artikel – Mengikut kajian saya sendiri, jumlah Facebook like lebih banyak jika diletakkan pada bahagian sebelum artikel berbanding selepas artikel. Ini disebabkan button sebelum artikel lebih jelas dilihat pelawat berbanding jika diletakkan di bahagian selepas artikel. Sesetengah pembaca akan membaca sekali imbas artikel tersebut dan kemungkinan besar mereka tidak ternampak button pada bahagian selepas artikel.

Facebook Komen

Satu lagi cara untuk mendapatkan trafik melalui teknik pemasaran viral ini adalah dengan memasang fungsi Facebook komen pada blog. Dan kami dapati , teknik ini juga telah digunakan di blog, laman web yang mempunyai jumlah trafik yang tinggi seperti Entrepreneurs-journey.com , Michellemacphearson.com . Kami juga baru sahaja memasang Facebook komen di blog ini, untuk manfaatkan sepenuhnya teknik pemasaran tanpa kos ini.

facebook komen

Kesannya, mudah. Jika pelawat meninggalkan komen menggunakan Facebook komen, komen ini juga akan terpapar pada wall Facebook mereka. Secara tidak langsung, ini akan mendorong rakan-rakan mereka untuk membaca artikel sepenuhnya.

Untuk memasang Facebook komen, ia bukan sesuatu yang mudah. Saya sarankan tuan puan untuk mendapatkan servis pemasangan yang disediakan oleh desainer-desainer. Salah seorang yang kami sarankan adalah Flisters.

Rahsia Membawa 10,000 Pelawat Tanpa Sebarang Kos

Saya berharap semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu blogger-blogger baru untuk mendapatkan trafik ke blog mereka. Dalam kesempatan ini juga, kami tim Majalah Niaga akan melancarkan ebook pertama kami yang diberi nama ‘Formula Blogging’. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, ebook ini akan dilancarkan pada awal Ogos ini.

Apa yang kami sampaikan dalam ebook ini adalah teknik-teknik, langkah-langkah terbukti menarik pelawat sekurang-kurangnya 10,000 pelawat dalam jangka masa 6 bulan, tanpa memerlukan satu sen sekalipun. Berita baiknya, kami juga akan menawarkan diskaun kepada 20 pembeli pertama. Nantikan berita terkini kami di Fan Page Majalah Niaga.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (SerieAdict@spencereholtawayxotoko)


Komen (19)

  1. media sosial merupakan jalan terbaik untuk mendapatkan trafik dengam mudah. wow, formula blogging, tak sabar rasanya untuk memiliki ebook tersebut.

    jemput saudara hasbul aqill ke blog baru saya (fokusblogger.com) 😉

    1. terima kasih tuan afiq aiman, saya dah singgah blog tuan. Satu langkah yang baik, saya pasti menyokongnya. Apa-apa persoalan, boleh maklumkan kepada saya ya 🙂

  2. Zulhilmi Zainudin
    July 28, 2011

    Jika tidak keberatan, mohon jasa baik team Majalah Niaga untuk kongsikan tutorial pemasangan plugin FB Comment di blog 🙂

  3. Terima kasih atas perkongsian. Banyak lagi ilmu yang perlu dibelajar utk menjadi seorang blogger yang berjaya. Harap saya dan orang lain tidak putus asa bagi mencapai cita2 sebagai blogger yang berjaya.

  4. Salam setuju tue,

    Jika tiada traffic yg dijanakan diblog boleh menyebabkan blog kita sunyi tetapi dlm dunia blogging perlu ada kesabaran..

    Dan jangan lupa gunakan segala tools yang boleh diperolehi percuma diinternet sbg medium pemasaran blog..

  5. Tip yang bagus dan harapnya lebih banyak tip yang terbaik dalam Formula Blogging. Saya akan dapatkannya untuk menambah ilmu untuk menjadi blogawan yang berkredebilti.

  6. Thanks for your personal marvelous posting! I certainly enjoyed reading it, you could be a great author.
    I will ensure that I bookmark your blog and will eventually come back from now
    on. I want to encourage you to continue your great writing, have a nice
    afternoon!

Pendapat anda?