Temubual Eksklusif Bersama Blogger Ridzuan Richie

March 12, 2011 — Penulis:

Kategori: Founder Talk

Pada bulan lepas pihak Majalah Niaga (dot) com telah menerima kunjungan peribadi daripada seorang sahabat lama yang kini sudah menjadi blogger terkenal iaitu saudara Ridzuan Richie. Beliau merupakan seorang blogger tegar yang cukup dikenali dalam kalangan blogger tempatan.

Ridzuan Richie In The House

Ini merupakan pertama kali Ridzuan Richie datang melawat pejabat kami di Flarebiz Network setelah kami berpindah ke pejabat baru kira-kira setahun yang lepas. (Bukan main susah nak datang. Oh!)

Hasil daripada maklumbalas positif temubual eksklusif yang lepas bersama Tuan Haryzat, kali ini pihak Majalah Niaga yang diwakili oleh saudara Aqif Azizan danΒ Hasbul Aqill telah berusaha keras untuk menemubual saudara Ridzuan Richie ini mengenai perihal buat duit dengan blog khusus buat para peminat laman Majalah Niaga (dot) com ini.

Transkrip Temubual Bersama Ridzuan Richie

Majalah Niaga : Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca MajalahNiaga.Com. Hari ini, Majalah Niaga menemuramah seorang blogger terkenal yakni Tuan Ridzuan Richie daripada RidzuanRichie.Com.

Bolehkah Tuan Richie ceritakan sedikit biodata dan bagaimana Tuan Richie mula menjana pendapatan melalui blog?

Richie : Nama sebenar saya Mohd Ridzuan bin Mohd Rashidin. Saya berasal daripada Seremban. Blog pertama dan domain pertama saya ialah RidzuanRichie.Com. Pada waktu awal dahulu, ramai orang mengatakan dengan membina website, kita boleh menjana pendapatan yang baik.

Blog Symbol

Jadi sebenarnya pada peringkat awal, saya mahu belajar membina website. Tetapi lama-lama saya terjumpa dengan ebook Pakej Blog daripada tim Flarebiz. Saya beli ebook itu dan mendapati website dan blog ini lebih kurang sahaja, tetapi blog mempunyai potensi yang lebih besar untuk menjana pendapatan di internet.

Majalah Niaga : Bagaimana Tuan Richie mula menjana pendapatan melalui blog?

Richie : Saya bermula pada tahun 2008. Pada waktu itu saya masih belajar bagaimana mahu meningkatkan kredibiliti blog dan trafik blog. Pada awalnya, pendapatan saya menggunakan Google Adsense tetapi tidak berjaya kerana jumlahnya kurang daripada USD100. Kemudian, saya belajar lagi daripada forum WangCyber.Com.

Sebenarnya, banyak lagi cara untuk menjana pendapatan melalui blog. Kita boleh menulis review, meletakkan iklan sendiri, juga boleh menjadi guest blogger kepada blog lain. Saya pernah menjadi guest blogger untuk blog RahsiaBlog.Com, milik Shuth (pemilik WangCyber). Jika saya tidak silap, saya dibayar RM5 untuk satu artikel pada waktu itu.

Majalah Niaga : Sehingga hari ini, banyak peluang menjana pendapatan seperti Nuffnang, Advertlets dan Innity. Soalan kami, adakah pasaran tempatan mempunyai potensi untuk memberikan pendapatan yang lumayan kepada blogger.

Richie : Potensi pada waktu ini masih besar dan fresh, walaupun kita seringkali dengar bahawa ramai orang sudah mempunyai blog. Tidak sampai 30% daripada orang kita yang mempunyai blog.

Jadi, potensi masih besar. Syarikat seperti Nuffnang, Advertlets, Innity dan lain-lain perlu memberi awareness kepada syarikat-syarikat di luar sana. Kita sebagai blogger pula, perlu membesarkan lagi jaringan komuniti kita.

Majalah Niaga : Apakah punca pendapatan Tuan Richie dalam tempoh tiga tahun bergelar blogger?

Richie : Kebanyakan sumber pendapatan saya memang berasal daripada blog. Apabila pelawat melayari blog kita, kita mendapat pendapatan berdasarkan bilangan impression dan trafik. Saya juga menjual link dan menyediakan servis membina blog untuk orang lain. Kita mempunyai kelebihan membina blog, jadi kita tawarkan servis untuk mereka yang tidak tahu membina blog.

Majalah Niaga : Pada waktu ini masih ramai yang keliru sama ada perlu menggunakan platform berbayar atau platform percuma. Pada pandangan Tuan, yang mana satu patut kita pilih, platform percuma atau berbayar?

Richie : Semestinya yang berbayar. Plaftorm yang berbayar ini lebih cepat ranking di-indeks Google dan search engine yang lain. Kita juga sedia maklum apa kualiti barangan percuma dan barang yang kita beli dengan menggunakan duit sendiri.

Ridzuan Richie Di Berita Harian

Saya selalu nampak blogger mempunyai banyak post tetapi menggunakan platform blogspot sahaja. Walaupun selepas setahun, ranking blog tetap tidak memuaskan hati. Berbeza dengan domain berbayar, selepas beberapa minggu sahaja, ranking sudah bertambah baik.

Majalah Niaga : Pada waktu ini, berapa banyak blog yang sudah Tuan develop dan bagaimana Tuan membahagikan masa untuk kesemua blog ini?

Richie : Pasaran tempatan, saya mempunyai lima buah blog tetapi niche yang berbeza. Saya memiliki blog personal, arts, IT, sukan dan kesihatan. Blog sukand dan kesihatan itu masih baru lagi. Pasaran luar pula, saya memiliki 10 blog berbahasa Inggeris.

Bagi blog berbahasa Inggeris, saya memang mengupah orang untuk menulis artikel. Jika saya ada waktu, saya akan menulis sendiri. Ada kenalan blogger yang menyarankan saya mencari pelajar-pelajar jurusan TESL dan kita bayar mereka untuk menulis.

Saya tidak mempunyai jadual yang spesifik tetapi dalam tempoh sehari, saya dapat menghasilkan lebih kurang 10 artikel. Full time blogger mempunyai banyak masa, tetapi kita mesti tekad untuk menulis di blog. Kerjanya senang tetapi kita terbiasa melengah-lengahkan kerja.

Majalah Niaga : Apakah nasihat Tuan kepada para blogger yang mahu menjana pendapatan melalui blog?

Richie : Nasihat saya, jika mahu menulis blog, jangan takut. Beli domain dan hosting, terus belajar dan pantau perkembangan blog kita. Semakin lama, semakin mahir kita dalam blogging dan banyak perkara dapat kita explore. Kita bukan buat duit dengan blog personal sahaja, banyak lagi blog yang boleh kita buat.

Majalah Niaga : Soalan terakhir, bagi sesiapa yang mahu belajar blogging, adakah tempat khusus yang mahu Tuan sarankan kepada mereka?

Akademi Blog Dot Com

Richie : Baru-baru ini saya dan beberapa orang rakan ada membuat kelas blogging, yakni AkademiBlog.Com. Pada peringkat awal ini masih belum lancar, tetapi kita sudah bermula. Yurannya sebanyak RM 200 sahaja. Kita berikan domain percuma, webhosting percuma dan kita sediakan forum untuk semua peserta.

Majalah Niaga : Begitulah perkongsian daripada Tuan Ridzuan Richie daripada RidzuanRichie.Com, seorang penulis blog professional. Kami berharap informasi ini dapat membantu pembaca Majalah Niaga menjadi blogger dan menjana pendapatan sepenuh masa melalui blog.

Salam kejayaan kepada semua pembaca Majalah Niaga. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Muat Turun Transkrip & Audio Temubual Ini

Pihak kami juga ada menyediakan kepada anda transkrip temubual ini di dalam bentuk .PDF dan juga audio temubual eksklusif ini di dalam bentuk MP3. Anda boleh klik pautan di bawah untuk muat turun.

Download Transkrip & Audio Temubual Bersama Ridzuan Richie (Saiz File 4.7 MB)

Terima kasih kerana sudi mendengar temubual eksklusif ini. Semoga dapat memberikan anda manafaat yang berguna untuk perniagaan anda.

*Kredit gambar yang di ambil dari Flickr (Lady Madonna) & screen shot AkademiBlog.com


Tags: , , , , , , , ,

Komen (34)

  1. Salah satu temubual yang menarik! Banyak maklumat bagi saya yang sedang mencari-cari alternatif…

  2. maizul.com
    March 14, 2011

    good job! tahniah team majalah niaga terumanya aqif & aqill. temubula terbaik dari ladang.

  3. Nice sharing… πŸ˜‰ teringat dulu sempat chat dgn tuan richie semasa seminar ebay sifu lan haha, blog richie memang feymes.. siap masuk paper tu! barang di ingat.. skrg ni blogger merupakan 1 kerjaya jugak kan? tahniah pada tim flare biz dan richie atas perkongsian mantop!

  4. Temubual yg memberi semangat kepada org baru dlm arena blog nih. Terima kasih kat team Majalah Niaga & tuan RidzuanRichie atas perkongsian yg sgt bermanfaat ini..

  5. Abdul Rahman
    March 14, 2011

    Success leaves trail. Gagal satu, cuba lain. Gagal satu, cuba lain. Sampailah jumpa model bisnes yang boleh guna untuk buat duit… Best jadi entrepreneur nih. πŸ˜€

  6. Potensi menjana pendapatan melalui blog adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan… mungkin saja ramai yang bermula berblogging hanya kerana minat sahaja…

    Tetapi lama-kelamaan kita dapati informasi yang kita kongsikan di blog mula mendapat sambutan… akhirnya kita dapat merasai duit dari hasil tulisan kita…

    Pelbagai sumber pendapatan yang boleh dijana melalui blog seperti sewa iklan… affiliate… jual produk fizikal dan banyak lagi…

    Saya pun mula seronok menulis di blog…

    Pengalaman pertama saya ketika bertemu Tuan Ridzuan Richie adalah amat menyeronokkan… banyak ilmu & tips yang telah dikongsikan beliau…

    Saya juga ingin menyarankan kepada mereka yang ingin menjana pendapatan melalui blog tu… janganah takut-takut untuk beli domain + hosting… πŸ˜€

    1. betul tu tuan rushaidin, jangan takut untuk melabur duit dalam dunia blogging, sebab ia pelaburan jangka masa panjang. percayalah, segala pelaburan dibuat mendatangkan hasil berlipat ganda selepas ini!

  7. Salam,
    Perkongsian yang amat bagus dan boleh di jadikan panduan kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak buat blog dan jana pendapatan daripadanya…

    Teringat dulu ketika berjumpa ridzuanrichie buat pertama kali…banyak idea di kongsi bersama…

    Tahniah ridzuanrichie, semoga lebih sukses di masa akan datang.

  8. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini bro Richie dan tim Majalahniaga. Saya suka. Mohon banyak tunjuk ajar tuan Richie.

    1. sama-sama, insyaALLAH kami akan mengadakan sesi seminar blogging nanti. Untuk mereka ingin membina, dan menjana pendapatan melalui blog insyaAllah πŸ˜‰

Leave a Reply to Fazla Batal (Cancel)