ISI KANDUNGAN
Minggu lepas, pihak Majalah Niaga mendapat kunjungan peribadi daripada pakar web copy tempatan iaitu Tuan Haryzat yang merupakan penulis buku Rahsia Web Copy. Beliau juga merupakan seorang penulis di Majalah Niaga (dot) com dan anda boleh baca salah satu artikel beliau berkaitan kuasa copywriting.
Ini merupakan kali pertama pihak kami bersua muka dengan beliau kerana selama ini kami hanya berurusan secara online sahaja.
Di kesempatan ini juga, pihak kami yang diwakili oleh saudara Aqif Azizan dan Hasbul Aqill telah menemubual Tuan Haryzat Zulzahary secara eksklusif khas buat para pengunjung Majalah Niaga (dot) com. Di dalam temubual ringkas ini, pihak kami cuba merungkaikan beberapa perkara mengenai web copy daripada beliau.
Transkrip Temubual Bersama Tuan Haryzat
Majalah Niaga : Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera. Kami dari MajalahNiaga (dot) com. Pada hari ini, kami bersama seorang tetamu istimewa, Tuan Haryzat dari RahsiaWebCopy.com. Beliau juga merupakan penulis buku Rahsia Web Copy terbitan Truewealth Sdn Bhd. Beliau kini menjalankan perniagaan internet sepenuh masa dengan perkhidmatan webcopy.
Tanpa melengahkan masa, kami memohon Tuan Haryzat untuk berkongsi pengalaman beliau dalam perniagaan internet.
Tuan Haryzat : Waalaikumussalam. Saya, Haryzat dari RahsiaWebCopy.com. Laman web terbaru saya adalah KopiCopy.com. Baiklah. Perniagaan internet saya bermula pada tahun 2006 selepas saya menghadiri satu seminar oleh seorang usahawan internet. Selepas itu, saya terus memulakan perniagaan internet, tetapi saya gagal sebanyak lima kali.
Saya cuba menjual pelbagai benda seperti peta, cd Al Quran dan lain- lain. Akhirnya, cd Al-Quran itu yang membawa kejayaan pertama pada diri saya. Antara hasil yang paling baik pernah saya kecapi adalah menerima tempahan bernilai RM25,000 dari Brunei.
Tidak lama selepas itu, ada beberapa perkara terjadi. Sehinggalah tahun lepas, saya akhirnya berjinak semula dalam industri perniagaan internet tempatan.
Majalah Niaga : Bilakah Tuan Haryzat memulakan bisnes webcopy ini secara sepenuh masa?
Tuan Haryzat : Saya pada mulanya tidak menyedari kuasa penulisan webcopy ini. Apabila saya mengkaji semula sebab-sebab saya gagal sebanyak lima kali itu, saya mendapati bahawa penulisan webcopy merupakan penyebab kegagalan itu.
Kemudian, saya mula mengkaji penulisan webcopy yang baik. Saya mula menyedari kepentingan webcopy. Saya mula mengkaji dan membaca buku-buku psikologi, NLP dan mengenalpasti cara-cara menyediakan webcopy yang boleh memujuk pembeli.
Majalah Niaga : Apakah kepentingan copywriting dalam perniagaan internet?
Tuan Haryzat : Copywriting ini tergolong dalam bahagian yang paling penting dalam perniagaan internet. Apabila kita menjual produk secara bersemuka, bakal pembeli dapat melihat wajah kita. Namun, dalam dunia internet, copywriting menjadi wakil kepada diri kita untuk menjual sesuatu produk itu. Justeru, ia sangat penting.
Majalah Niaga : Dalam dunia ini, setiap perkara mempunyai asas yang tersendiri. Apakah yang perkara paling penting yang perlu diketahui oleh usahawan internet dalam webcopy ini?
Tuan Haryzat : Untuk webcopy, saya memegang prinsip Awareness, Interest, Desire, Action (AIDA). Pertamanya kita membina perhatian, minat, desire dan action. Kemudian, barulah kita dapat closed sales. Dalam fasa pertama, untuk menarik minat bakal pembeli, kita perlu menggunakan headline yang tepat. Terdapat 13 jenis headline antaranya termasuklah headline how to, penyata, announcement dan lain-lain.
Kemudian, kita boleh memulakan perenggan pertama untuk membina minat bakal pembeli. Terdapat dua cara untuk mengutarakan masalah yang mereka sedari dan tidak sedari. Kita tawarkan penyelesaian dan kemudian timbulnya tindakan dari mereka. Selepas kita menawarkan penyelesaian itu, barulah kita katakan closing sales.
Kita menerapkan nilai-nilai mengapa mereka perlu membeli sekarang juga, apa akibatnya jika mereka tidak berbuat demikian dan lain-lain.
Majalah Niaga : Berapa lama tempoh untuk menyiapkan satu webcopy?
Tuan Haryzat : Pada pendapat saya, lebih lama, lebih baik. Ini kerana, penulisan webcopy ini seperti seni (art). Pada hari ini kita mungkin merasakan kita telah menghasilkan sesuatu yang baik, tetapi beberapa hari selepas itu, kita berpendapat sebaliknya.
Saya mencadangkan tempoh tujuh hari untuk menghasilkan kualiti surat jualan yang baik. Jika dalam tempoh yang singkat, tiga hari juga memadai.
Majalah Niaga : Kebiasaannya, kita belajar dan mengaplikasikan ilmu dari sumber-sumber tertentu. Apakah ilmu yang Tuan gunakan untuk belajar seperti mentor, buku atau blog-blog cadangan?
Tuan Haryzat : Sumber-sumber rujukan. Saya jarang mempunyai rujukan tertentu sahaja. Kadang, saya membaca iklan di tempat- tempat awam. Iklan seperti ini menginspirasikan. Saya juga membaca sajak-sajak untuk membangkitkan perasaan. Apabila kita membaca perkara seperti ini, kita dapat menerapkannya dalam surat jualan. Kemudian, terhasillah penulisan yang ikhlas dan jujur.
Untuk buku, saya banyak membaca buku-buku NLP dan pengiklanan (advertising). Saya juga ada membaca buku- buku Andy Melton berkenaan copywriting, iklan dan lain-lain.
Majalah Niaga : Informasi penggunaan sajak dalam penulisan webcopy ini memberangsangkan. Sehingga hari ini, wujud banyak pihak yang menyalahgunakan ayat-ayat yang terlalu hype. Mereka menawarkan 1001 janji manis tetapi apabila pembeli menerima produk, ia tidak seperti yang diperkatakan. Apa pandangan Tuan untuk membendung perkara-perkara yang tidak sihat ini?
Tuan Haryzat : Saya ada menulis perkara ini dalam buku saya. Hype ini bagus untuk menghasilkan jualan yang laris tetapi ia akan mengundang pembeli yang desperate, pembeli yang kurang berusaha. Apabila mereka membeli, mereka mengharapkan perubahan mendadak. Apabila tidak menjadi, mereka akan mengkritik terus produk kita.
Untuk jangka masa panjang, hype ini tidak bagus. Pada kali pertama, hasil jualan mungkin tinggi. Tetapi selepas itu, kita mungkin menerima kritikan terus di dalam forum. Ia akan menyebabkan imej kita menjadi buruk.
Majalah Niaga : Soalan terakhir dari MajalahNiaga (dot) com. Adakah konsep copywriting ini sama untuk produk fizikal, produk digital dan servis?
Tuan Haryzat : Dalam copywriting, produk digital memerlukan bentuk penulisan yang lebih panjang. Produk digital memerlukan penerangan yang lebih kerana produk ini hanya terdapat di internet. Untuk servis, kita boleh memberikan maklumat terus dan menerangkan kebaikan servis kita. Untuk produk fizikal pula, ia bergantung pada situasi. Untuk produk yang mahal, kita memerlukan surat jualan yang lebih panjang.
Majalah Niaga : Terima kasih kepada Tuan Haryzat kerana sudi meluangkan masa. Itulah sedikit temubual bersama Tuan Haryzat. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan copywriting, pembaca boleh menambah beliau dalam senarai kenalan Facebook melalui pautan Facebook beliau.ย Majalah Niaga berharap temubual ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh para pembaca.
Sekian, terima kasih.
Muat Turun Transkrip & Audio Temubual Ini
Pihak kami juga ada menyediakan kepada anda transkrip temubual ini di dalam bentuk .PDF dan juga audio temubual eksklusif ini di dalam bentuk MP3. Anda boleh klik pautan di bawah untuk muat turun.
Download Transkrip & Audio Temubual Bersama Tuan Haryzat (Saiz File 5.7MB)
Terima kasih kerana sudi mendengar temubual eksklusif ini. Semoga dapat memberikan anda manafaat yang berguna untuk perniagaan anda.
perkongsian yg hebat !
Terima Kasih Zul ๐
terima kasih ya tuan zul!
Saya suka apa yang Haryzat katakan mengenai ayat hype. Kita mulai sekarang perlu ada etika untuk semua IM supaya menulis webcopy yang betul dan beretika…
HYPE tu kalau kita buat bersyarat dan produk yang kita jual memang betul-betul power mcm dalam kenyataan HYPE kita tak jadi masalah. OK! tetapi bila produk tak seberapa tu yang jadi back fire pada kita dan kredibiliti kita… ramai juga yang buat minisite dgn copy yang HYPE dgn bertujuan mencari fast money then hilangkan diri (scam)
salam tuan Haryzat, kenapa laman web rahsiawebcopy.com tak boleh diakses ye..? ada masalah hosting ke apa..?
tiada masalah bila saya buka. cuba test sekali lagi ๐
bro Fami, tiada masalah pula dari pc saya ni…
Salam Motivasi,
Apa yg dijelaskan oleh Tuan Haryzat mmg tepat seperti mana dalam buku webcopy beliau. Itu hanya sedikit yang dikongsikan oleh Tuan Haryzat utk mendapat lebih lanjut boleh dapatkn buku beliau.. Memang berbaloi
Sekian
Zairi,
Saya pasti anda dah habiskan baca buku tersebut;) amacam boleh buat salesletter yang mantap selepas ini? Perkongsian di dalam temuramah ini memang sedikit jika dibandingkan dengan buku Rahsia Web Copy tetapi kesemua yang dibincangkan adalah pati sesebuah copy yang boleh menjual… terutama tentang unsur HYPE ๐
Haryzat,
Saya dah dapatkan buku tuan. Dah khatam sekali.
Sekarang tengah baca secara detail dan apply pada minisite2 saya.
Alhamdulillah perkembangan yang baik dari segi order terutama minisite2 yang dulu ‘suram’ kini dah mula menaja order dari pelanggan.
Thanks.
Wah! Alhamdulillah! Saya terharu mendengarnya. Memang semasa menulis buku tersebut saya berharap ianya dapat membantu para peniaga dan usahawan online yang mengalami masalah yang sama seperti saya sebelum ini ( tiada sales) menemui sinar kejayaan. ๐ apa pun tahniah dan terima kasih tuan Saudagar Cyber!
wow!satu perkongsian yang sangat menarik!thankz Majalah Niaga Dan Saudara Haryzat kerana sudi berkongsi tips dan knowledge mengenai copywritting.!
Sama-sama. Harap sedikit sebanyak dapat membantu mana yang patut ๐
Satu perkongsian yg menarik… copywriting memang sgt penting dalam membantu menghasilkan jualan…
Surat jualan yg baik dpt mempengaruhi pelawat utk membeli…
Setuju!
sungguh menarik
๐
baru perasan post ni.. tapi haryzat dah tak buat servis ni.. kan
Majallah niaga amat menarik isi kandungannya .