5 Sebab Permohonan Sijil Halal Anda Ditolak

February 25, 2013 — Penulis:

Kategori: Perkhidmatan / Perniagaan

Tak dapat disangkal lagi, industri halal semakin berkembang pesat dari tahun ke tahun. Ini adalah kerana kesedaran pengguna terhadap produk dan makanan HALAL sudah semakin meningkat.

Suatu masa dahulu, produk Halal merupakan pilihan orang-orang muslim sahaja, tetapi kini ia telah menjadi pilihan semua golongan masayarakat tidak kira bangsa. Ini kerana produk dan makanan Halal menekankan kebersihan dan keselamatan kepada para pengguna.

Sebagai seorang usahawan, memiliki status Halal untuk produk keluaran syarikat merupakan satu kelebihan untuk memasuki pasaran yang lebih besar, terutamanya pasaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Namun begitu, tahukah anda bahawa ramai pengusaha IKS tidak berjaya dalam permohonan untuk mendapatkan status halal bagi produk mereka?

 

F.A.I.L.S – Sebab Utama Permohonan Gagal

Terdapat 5 sebab utama yang mendorong kepada kegagalan syarikat-syarikat IKS dalam usaha untuk mendapatkan Sijil Halal bagi produk keluaran mereka.

1# F – Fungsi
Tidak Tahu Menggunakan Fungsi Sistem E-Halal

Kebanyakan daripada syarikat IKS tidak memahami secara teliti berkenaan dengan penggunaan fungsi sistem E-Halal yang sebenarnya sungguh mudah untuk digunakan.

Ada diantara mereka yang mengambil Eksekutif Halal yang telah dilatih oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ada juga yang melantik Eksekutif Kualiti untuk menguruskan urusan dokumen halal dan ada juga yang menyerahkannya kepada Eksekutif Admin.

Bagi syarikat berstatus sendirian berhad, ianya cukup mudah kerana mempunyai modal. Akan tetapi, bagi pengusaha IKS yang berstatus Enterprise, ianya agak sukar. Ada diantara mereka dijemput ke seminar halal anjuran JAKIM tetapi masih tidak tahu apa sebenarnya yang harus mereka lakukan.

 

2# A – Aturan
Sistem Pengurusan Dokumen Simpanan yang Tidak Teratur

Rata-ratanya kebanyakan syarikat IKS yang gagal dalam permohonan halal adalah kerana mereka gagal untuk menguruskan dokumen simpanan dengan teratur.

Bagi pengeluar produk, ada diantara mereka yang tidak mempunyai rumusan terhadap senarai bahan serta terlupa tarikh tamat sah sijil tersebut. Oleh itu, kebanyakan daripada mereka terlepas pandang tarikh-tarikh penting tersebut ketika mahu mengemaskini dokumen mereka.

 

3# I – Informasi
Tidak Mendapatkan Informasi Lengkap Terkini Berkenaan Dengan Permohonan Halal

Pihak JAKIM sentiasa mengemaskini dan memaparkan maklumat berkenaan dengan permohonan Halal di laman sesawang rasmi mereka iaitu di http://www.halal.gov.my/v3/.

Amat penting untuk anda membaca maklumat terkini yang dikemaskini oleh pihak JAKIM untuk memudahkan permohonan anda mendapatkan status halal bagi produk anda. Manual cara permohonan turut disediakan di laman sesawang tersebut.

Namun ironinya, walaupun perkara ini penting, masih kurangnya pemilik syarikat IKS menggunakan portal ini. Ada juga sesetengah syarikat IKS berstatus sendirian berhad yang tidak mengambil kisah perkara ini, kerana telah melantik pegawai khas untuk menguruskan segalanya.

 

4# L – Laluan
Tidak Tahu Mengenai Aliran Proses Kerja Pensijilan Halal

Memahami aliran proses kerja pensijilan Halal ini amatlah penting agar produk anda dapat dikeluarkan serta dijual di pasaran tepat pada masanya setelah Sijil Halal anda diluluskan.

Kebanyakan syarikat IKS tidak memahaminya dan ada juga diantara mereka hanya menunggu sahaja sehingga pihak JAKIM menghubungi mereka setelah dokumen mereka disahkan beberapa bulan yang lepas.

Perkara yang paling penting ialah selepas anda menghantar dokumen-dokumen diperlukan secara online dan hard copy kepada pihak pengurusan pensijilan Halal, anda boleh menghubungi pihak pengurusan tersebut selepas 7 hari jika anda tidak peroleh apa-apa maklumbalas daripada mereka secara online.

Untuk mengetahui aliran kerja proses pensijilan halal, anda boleh rujuk link berikut: http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/aliran-kerja-proses-pensijilan

 

5# S – Strategi
Membuat Permohonan Tanpa Perancangan Teliti

Kebanyakan syarikat IKS langsung tidak mempunyai perancangan yang teliti untuk permohonan halal mereka, terutamanya pengeluar produk-produk baru. Apa yang mereka mahukan ialah Sijil Halal yang disahkan dalam masa 1 minggu.

Hakikatnya ialah hasrat mereka itu umpama bermimpi di siang hari kerana jika dilihat pada aliran kerja pensijilan dalam link di atas, ia amatlah mustahil. Proses pengumpulan maklumat dan audit sahaja sudah memerlukan sebulan mengikut syarat yang ditetapkan.

 

Menghubungi Pihak JAKIM

Berdasarkan 5 sebab di atas, apa yang penting untuk memastikan permohonan status Halal anda diluluskan ialah anda perlu:

  • Memahami Sistem E-Halal JAKIM.
  • Mengetahui Aturan Proses Permohonan Halal.
  • Menguruskan Dokumen dengan Lebih Teratur.
  • Mempunyai strategi terbaik untuk membuat permohonan.
  • dan sentiasa mengetahui maklumat terkini daripada JAKIM.

Jika sekiranya anda masih kurang faham mengenai permohonan tersebut, anda boleh bertanya terus kepada pihak JAKIM sendiri. Mereka boleh dihubungi di talian 03-83150200 ataupun melalui talian bebas tol 1800-2222-44 (sejak 8 Ogos 2012).

 

(Kredit gambar: Mihas.com.my dan Halal.gov.my)


Tags: , , , , , , ,

Komen (14)

  1. Alhamdulillah.. terima kasih, maklumat yang sangat berguna, sy sekarang dlm proses keluarkan produk jenama sendiri, sedang tercari2 mengenai maklumat sijil halal.

      1. zaharinah Abd Kadir
        January 11, 2016

        Assalammualaikum. Saya baru mencuba menyediakan produk makanan. Berhasrat menjadikan usaha berterusan setelah bersara pada tahun hadapan. Maklumat diberikan berguna tapi saya masih samar akan tindakan tepat dan betul yang perlu saya ambil.

  2. Saya bangsa cina tapi hendak memohon sijil HALAL. Apa saya kena buat selain cari satu partner melay?

  3. Jeffri Bin Zen
    August 24, 2015

    Saya adalah mengusaha ‘Catering’ di bawah nama Iqmal Enterprise dan telah menjalankan perniagaan lebih daripada 3 tahun. Masalah saya ialah saya amat sukar untuk memohon sijil HALAL diebabkan business perniagaan saya beralamat di kediaman saya di kawasan perumahan.
    Mohon nasihat pihak tuan untuk saya dapat memohon persijilan HALAL dengan masih mengekalkan alamat kediaman. Saya amat teruja untuk memperbesarkan perniagaan ‘Catering’ saya memandangkan banyak permintaan kebelakangan ini daripada pelanggan lebih lebuh lagi daripada pejanat kerajaan.
    Sekian, semoga maklumat dari pihak tuan dapat menyelesaikan permasalahan saya ini.

    Jeffri Bin Zen
    Pengurus Iqmal Enterprise.
    Kuching.
    No. sijil pendaftaran : 59911
    Alamat Premis : Lot 2081, Lorong Chaya Indah 3, Taman Puteri , Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak.

  4. vasantadevi a/p muthusamy
    January 4, 2016

    Saya adalah seorang peniaga kecil ,saya telah menjalankan menjual homemade Acar Halia Selama dua tahun.

    Perniagaan saya ini beralamat dari kediaman kawasan perumahan .

    Mohon nasihat pihak tuan untuk mendapat sijil halal.

    No 282 Taman Sri Pulai Impian, Jln pulai 5, 70400 Seremban.Negeri Sembilan.

    1. Assalamualaikum..saya berniaga kecil-kecil produkfrozen food dari rumah saya..bagaimana saya nak mohon sijil halal?

  5. Assalamualikum sys fazmanli bin gagani, saya sedang menjalankan perniagaan kuih talam (Askuih talam interprise) masalah saya sekarang saya menjalankan perniagaan ini di rumah, bolehkah saya memohon sijil halal?

  6. Khairul Azman bin Mohd Zakaria
    April 13, 2017

    Alhamdulillah.. terima kasih, maklumat yang sangat berguna, sy sekarang dlm proses keluarkan produk jenama sendiri, sedang tercari2 mengenai maklumat sijil halal.

  7. Saya bangsa cina mahu buka satu kedai kopi berkongsi dengan partner bumiputra berdaftar atas syarikat SDN BHD. Kami berdua sebagai DIRECTOR atas syarikat kami dengan saham 50/50 %.
    Saya sebagai sleeping partner sahaja.
    Ada halangan tak kalau hendak mohon sijil halal Jakim?

Leave a Reply to zaharinah Abd Kadir Batal (Cancel)