Think Big : Antara Ketakutan, Kegagalan & Kejayaan

July 03, 2013 — Penulis:

Kategori: Motivasi / Pembangunan Diri

Semasa Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Singapura pada tahun 1959, ia adalah negara yang mundur. Berbanding Malaysia, Singapura tidak mempunyai sumber alam semulajadi seperti minyak, emas, aluminium dan bahan-bahan komoditi yang lain.

Ia juga tidak mempunyai sumber air yang mencukupi untuk menampung keperluan penduduknya. Satu-satunya sumber yang dimiliki oleh negara tersebut adalah rakyatnya yang berjumlah kurang 1 juta yang terdiri imigran yang tidak berpendidikan dari India, China dan Malaysia.

Pada waktu tersebut banyak terjadi jenayah, pergaduhan antara kaum, komunisme dan penagihan dadah yang serius. Anda bayangkan betapa teruknya keadaan Singapura pada waktu tersebut.

kejayaan singapura

Anda sependapat dengan ramai lagi orang pada hari kemerdekaan Singapura pada 1956 yang menjangka bahawa negara kecil tersebut tidak akan bertahan lama. Tanpa sumber alam, angkatan tentera, sumber air, dan masyarakat yang tidak berpendidikan, secara kasarnya tiada negara mampu bertahan.

Hari ini Singapura bukan sahaja berada dalam kategori dunia kelas pertama malahan ia juga diletakkan sebagai negara keempat terkaya di dunia. Ia juga diiktiraf memiliki fasiliti di antara yang terbaik di dunia seperti lapangan terbang, penerbangan, pelabuhan dan sistem pendidikan.

Hidup Ini Tidak Pernah Ada Kegagalan!

“Tidak ada kegagalan, hanya proses pembelajaran..”

Ramai orang mengatakan dalam hidup kita perlu realistik dan ramai juga takut untuk mempunyai impian yang besar. Mereka takut impian tidak tercapai, takut risiko, takut kecewa, takut diketawakan dan berbagai-bagai jenis ketakutan lagi.

Sebenarnya setiap perkara yang berlaku di dalam hidup anda, makna kepada peristiwa tersebut adalah terletak pada anda. Orang yang gagal apabila usaha mereka tidak mencapai sasaran, mereka akan berkata kepada diri mereka bahawa “Aku telah gagal”.

Orang Berjaya mempunyai definisi yang berbeza apabila usaha mereka tidak mencapai sasaran. Mereka mendefinisikan situasi tersebut sebagai ‘proses pembelajaran’. Thomas Edison, pencipta mentol yang masyhur setelah mencuba lebih 900 kali berkata “Saya tidak gagal, saya hanya menjumpai 900 cara yang tidak berhasil”.

kunci

Apabila menukar definisi kepada ‘proses pembelajaran’, anda akan belajar dari kesilapan, menukar strategi, terus berusaha menuju matlamat anda. Dengan mempunyai cara berfikir tersebut, anda tidak mungkin gagal, kerana pilihan yang ada adalah sama ada berjaya, atau proses pembelajaran.

Di dalam minda orang yang berjaya mereka hanya gagal apabila mereka berhenti mencuba. Individu-individu yang Berjaya takutkan kegagalan sama seperti manusia lain. Tetapi oleh sebab cara mereka mendefinisikan kegagalan, mereka akan terus berusaha.

Seorang pemain hoki yang diiktiraf sebagai terbaik dalam sejarah, Wayne Gretsky, pernah berkata,

“Anda terlepas 100% pukulan yang anda tak pernah ambil”

Jadi cuba sahajalah kerana jika anda tak dapat 100% tepat, sekurang-kurangnya 25, 50 atau 70 tepat. Dengan usaha berterusan, suatu masa nanti usaha anda akan berada pada tahap sempurna.

Anda pernah dengar nama Arnold Schwarzenegger? Filem Terminator?

Semasa Arnold berimpian untuk menjadi bintang filem Hollywood, ramai orang berkata ia adalah mustahil. Pada penilaian mereka Arnold mempunyai pelbagai kelemahan seperti bentuk badan yang pelik, telo Austria yang pekat, tiada pengalaman berlakon dan nama yang pelik dan panjang.

Tetapi Arnold langsung tidak berputus asa dan akhirnya beberapa filem lakonan beliau seperti Terminator menjadi box office. Beliau juga menjadi salah seorang pelakon paling popular pada era 90 an. Bukankah ia amat menggagumkan?

Beranikan diri anda untuk mempunyai impian yang besar dalam hidup kerana setiap ‘somebody’ hari ini dahulunya adalah ‘nobody’…seperti anda.

(Sumber gambar: Alone With Strangers, Scott Holcomb, Oras Al-Kubaisi)


Tags: , , , , , ,

Komen (10)

  1. Cerita Singapore tu bagus betul…ikut logik akal yang lemah ni nak bangunkan negeri kecik tanpa hasil bumi mmg tough…tapi mmg hebat minda dia. Negara kita masih bergantung dengan hasil bumi sampai ke hari ini. Terima kasih.

  2. Perkongsian yang hebat. Kegagalan itu bukanlah penghalang kepada kejayaan tetapi ia adalah permulaan untuk kejayaan kita yang seterusnya. Saya Suka!

  3. kuan yu ni tak cite plak semua bantuan dr amareka&israel yg dia dpt dr segi duit&kepakaran..ni negara proksi zionis kt asia tenggara..pelabur2 yg ad huge fund byk dr sna..diorng bleh pilih mana2 negara yg diorng nk tolong..kalo dia nk negara fiji kt pasifik tu maju pn diorng bleh buat..kalo spore ni negara islam ingt bleh maju ka mcm skrg? jgn mimpi la..

Leave a Reply to raimi t-shirt printer Batal (Cancel)