ISI KANDUNGAN
Asalnya ia cuma dilakukan daripada bilik asramanya di Universiti Harvard. Namun kini Facebook, hasil idea geliga Mark Zuckerberg dianggarkan bernilai AS$33.7 billion dolar. Malah ia terus popular sebagai laman rangkaian sosial paling ‘seksi’ di alam maya.
Facebook ternyata berkuasa menjadi tempat kita membuat aktiviti promosi, pemasaran dan jualan. Menurut Paul Dunay, dari Avaya, “Kemunculan Facebook mengubah landskap pemasaran dunia.”
Walaubagaimanapun, semua aktiviti di atas perlu dilakukan dengan penuh adab, tertib dan etika. Tiga rahsia berikut menjamin aktiviti pemasaran yang kita lakukan di Facebook kekal profesional, berkredibiliti dan berpengaruh.
Rahsia #1 – Mengamalkan Tindakan Berhemah
Rahsia pertama ialah segala tindak-tanduk kita harus dibuat dengan berhemah. Untuk itu aktiviti promosi di wall harus lebih bersifat menyampaikan maklumat berbanding memaksa pelanggan. Elakkan aktiviti menjual secara langsung (hard selling). Dalam kes ini teknik pemasaran pasif lebih berkesan daripada teknik pemasaran agresif.
Maka perkenalkan produk kita dalam bentuk yang boleh memberi manfaat kepada pelanggan. Banyakkan perbualan kasual bersama rakan-rakan. Kemesraan dalam berbual menjadi kunci bagi mempengaruh prospek. Bincangkan topik santai yang tetap berkaitan dengan produk yang kita pasarkan.
Sebab itu Charlene Li daripada Forrester Research menekankan, “Pemasaran melalui Facebook memerlukan lebih banyak komunikasi berbanding iklan.” Kita sendiri pasti berasa bosan jika rakan kita asyik men-tag kita dengan gambar-gambar produk mereka secara semberono.
Rahsia #2 – Profil Yang Benar Berpengaruh
Teknik kedua ialah dengan mencipta profil peribadi yang berpengaruh. Anda perlu mengisi ‘ayat berpengaruh’ di ruangan info yang disediakan. Jika anda menggunakan ‘Fan Page’ pula, ada ruang yang terhad di bawah gambar profil, tuliskan ‘ayat-ayat power’ yang menunjukkan dengan jelas latar belakang sebenar kita.
Ruangan info juga boleh memberi kesanan awal (first impression) dalam membina kepercayaan seseorang sebelum menjadikan kita rakan mereka. Taipkan maklumat berkaitan bisnes dengan lengkap namun ringkas.
Rahsia #3 – Menjaga Kualiti Status Wall Post

Woman sitting at table in bar, looking at mobile phone, smiling
Ketiga, apa-apa yang kita taipkan pada bahagian status harus sesuai dengan aktiviti semasa di dunia sebenar. Katak-kata yang kita catat harus dipilih dengan berhati-hati. Perbuatan memuji-muji kehebatan produk kita sudah tentu nampak seperti terlalu menunjuk-nunjuk.
Jadi gantikannya dengan testimonial daripada pelanggan. Biar mereka yang ‘mendakwahkan’ rakan mereka tentang produk kita. Testimonial lebih berpengaruh berbanding kita sendiri yang mencanangkan ke seantero Malaya tentang kehebatan kita.
Untuk itu, dua perkara perlu dilakukan. Pertama, banyakkan perbualan tentang keuntungan setelah menggunakan produk kita. Kedua, sentuh kerugian jika rakan-rakan terlepas peluang mendapatkan manfaat produk kita. Kedua-dua konsep ini menjadi faktor terpenting mengapa seseorang terdorong mengeluarkan wang dari poket mereka.
Kemunculan Facebook mengubah landskap pemasaran dunia dan pemasaran melalui Facebook memerlukan lebih banyak komunikasi berbanding iklan.
perkongsian yang hebat! gunakan Facebook sebagai platform terbaik bagi menjalin hubungan & kepercayaan pelanggan terhadap kita. Facebook harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua Internet Marketer kerana dengan Facebook, kita seolah-olah face-to-face secara mudah dengan semua rakan kita selain dari aplikasi instant messaging (Ym, Skype dll). jaga kata-kata. setiap kata-kata kita diperhatikan umum 🙂
Terima kasih Tuan Zul. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada tip itu.
19 Februari Syahrul Nizam akan mengadakan seminar FB Marketing di Kuching Sarawak. Tak sabar rasanya mendengar tips daripada beliau nanti…
Ya, beliau sentiasa berjaya membuatkan para peserta seminar berkobar-kobar, sebelum dan selepas seminar. 🙂
Facebook boleh di katakan sebagai alat ganti diri secara maya dalam menjalankan perniagaan melalui internet…yg penting, apa yg ada pada diri sendiri di alam nyata di terjemahkan di alam facebook secara benar…jujur, iklhas dan terus terang…
Saya sangat setuju dengan pendapat tuan.
Salam,Tuan Syahrul..terima kasih atas tips yang baik daripada pihak tuan. Kadang-kadang saya sendiri sebagai pengguna facebook tidak menjaga kata-kata saya dengan kawan2,mksd saya cuma menggunakan bahasa pasar dengan kawan2, apakah pandangan tuan syahrul sendiri dalam hal ni?Dalam pemasaran produk menggunakan facebook, adakah sesuai kita menggunakan bahasa pasar di mana lebih selesa dengan kawan2?
Pada status kita, secara umum, gunakan ejaan yang betul dan lengkap. Bahasa ringkas hanya untuk SMS. Gunakan ayat yang sempurna namun tidak perlu terlalu formal nadanya. Apabila kawan kita mula menggunakan bahasa pasar, baharulah kita juga menjawab komennya dengan bahasa pasar. Namun pilih ejaan yang paling biasa digunakan orang lain.
Terima kasih Saudara Syahrul Nizam atas perkongsian ilmu ini.. Sedikit sebanyak telah memberi sy dorongan untuk melakukan perubahan.. Harapan sy agar Saudara Syahrul Nizam dapat memberikan lagi tip2 berguna di masa akan datang..
Semoga perubahan dalam kualilti komunikasi Tuan Atan muncul satu hari nanti. Saya akan terus menulis tip di sini secara berkala. Namun untuk tip lebih lanjut, tuan boleh dapatkannya di laman blog saya.
Tips-tips yang diberikan cukup berguna. Semoga ia dapat membantu ramai insan yang menggunakan facebook sebagai medium pemasaran
Terima kasih tuan Rushaidin.
walaupun teknik ni nampak simple ,
tapi sebenarnya memberi impak yang besar untuk membina jenama .
tahnks for this info .
sebenarnya ramai yg terlepas pandang
dan menganggap perkara ni remeh temeh je .
Terima kasih 🙂
Tentang tag2 yang berlebihan memang saya setuju.
Kalau sekali sekala tak pe lagi, tp bila dah banyak kali kena trus rasa bosan.
Sekadar un-tag gambar itu tiada masalah. Tetapi kalau kerap sangat, silap-silap kita un-friend pula dengan orang itu. Huhu…
Good tips…semoga saya boleh memanfaatkan di FB kelak…
Amin!
Perkongsian yg menarik 🙂
Terima kasih. 🙂
pengisian yang hebat & mantap!
Terima kasih tuan…
Assalamualaikum..
Terima kasih saya ucapkan atas informasi yang diberikan tentang tiga rahsia pemasaran berpengaruh melalui facebook.
Sememangnya diakui, pada hari ini lebih 400 juta pengguna facebook diseluruh dunia.. dan ini menjadikannya satu platform yang sangat baik dalam memasarkan perniagaan melalui internet..
Tapi apa pandagan tuan tentang ura-ura yang mengatakan facebook akan ditutup pada 15 Mac ini.. Adakah ianya suatu gimik dari Mark ataupun kemungkinan ianya benar-benar berlaku?
Sekadar ingin meminta pandangan..
Terima kasih..
assalamualaikum…..
banyak tips yang saya dapat apabila menjumpai link ini, sy juga risau tentang ura-ura penutupan FB namun berserah dan mencari alternatif terbaik bagi menjual produk sy.harap segala ura-ura itu hanya gimik semata-mata..Ini kerana setelah FB adalah cabang pemasaran produk yang paling cepat sy dapat. tqvm