ISI KANDUNGAN
Sesebuah organisasi yang baik dan berjaya boleh bertahan lama mencipta suasana kerja yang sihat dan bertenaga. Bagaimanakah caranya? Rahsianya hanya satu: KEPERCAYAAN. Kepercayaan terhadap pasukan kerja masing-masing
Oleh itu, ayuh saya kongsikan maklumat penting tentang tingkah laku menjadi pemimpin dalam mencipta kepercayaan ahli pasukan kerja anda.
#1-Sanggup Beri Kuasa
Dalam diri seorang usahawan berjaya, anda akan menemui kebanyakan mereka mampu memberikan kuasa untuk bertindak kepada ahli pasukan kerja mereka. Mereka lakukan perkara tersebut atas faktor keyakinan yang tinggi atas kebolehan ahli pasukan masing-masing.
Dengan memberikan mereka kuasa untuk membuat keputusan, ahli pasukan yang berjaya dibentuk adalah bersifat proaktif dan cekap dalam pelbagai situasi.
Had dan batasan kuasa yang boleh diberikan adalah di atas penilaian pemimpin. Pastinya seorang pemimpin itu tahu akan batasan tersebut.
#2-Tunjukkan Kegigihan Secara Luar Biasa
Thomas Edison pernah berkata, “kebanyakan mereka yang gagal adalah mereka yang tidak menyedari akan hampirnya kejayaan itu apabila mereka berputus asa”. Justeru, seorang pemimpin yang berjaya adalah mereka yang melompat semula dari kejatuhan lagi dan lagi.
Mereka akan memulihkan diri sendiri dari kejatuhan dan berubah menjadi yang lebih baik. Pemimpin seperti ini seharusnya pasukan kerja harus letakkan kepercayaan yang tinggi.
#3-Percaya Kepada Pasukan Kerja
Stephen M.R. Covey dalam The Speed Of Trust berkata, pasukan kerja yang diberi kepercayaan yang tinggi akan menghasilkan keputusan yang pantas dan menjimatkan kos untuk perniagaan yang dijalankan.
Namun, adakah anda memerlukan kepercayaan seseorang? Atau kepercayaan itu lahir daripada kekuatan, kebolehan dan komitmen? Atau dalam erti kata lain, seperti berikut:
A. Kepercayaan adalah sesuatu yang semua orang patut terima
B. Kepercayaan adalah sesuatu yang perlu diberi kepada semua orang
Sekiranya anda memilih A, anda adalah majoriti. Individu harus mendapat kepercayaan dahulu dan sekiranya kepercayaan itu dikhianati, adalah sesuatu yang sukar untuk didapatkan semula.
Namun sekiranya anda menjawab B, sila berikan tepukan kepada diri sendiri. Kajian mendapati bahawa dalam organisasi yang sihat, pemimpin harus memberi kepercayaan kepada pasukan kerja dan pemimpin akan memperoleh kepercayaan tersebut sebagai balasan.
Justeru, sesebuah perniagaan yang memiliki pasukan pemimpin yang benar-benar berkomitmen tinggi, anda harus tahu bahawa semuanya bermula dengan kepercayaan pemimpin tersebut. Kepercayaan sememangnya berperanan penting dalam mencorak hala tuju perusahaan anda.