Tip Bahasa Tubuh Dalam Bisnes dan Kerjaya (Infografik)

December 13, 2013 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Komunikasi

Interaksi merupakan elemen penting dalam rutin seharian manusia. Interaksi didefinisikan sebagai pertemuan, perhubungan dan komunikasi di antara:

  • Individu dan individu
  • Individu dan masyarakat
  • Masyarakat dan masyarakat

Interaksi hanya akan berlaku apabila ada tindak balas daripada pihak satu lagi atau di sebut sebagai komunikasi dua hala. Apabila individu memulakan perbualan, matlamat individu tersebut ialah agar apa yang di perkatakannya di terima dan di fahami. Selain penggunaan laras bahasa yang bersesuaian, bahasa tubuh turut memainkan peranan yang penting.

Menurut pakar bahasa tubuh dalam bidang perniagaan, Kevin Hogan, komunikasi bukan lisan membentuk antara 60 hingga 75% daripada kesan mesej. Oleh itu, bahasa tubuh boleh menjadi salah satu faktor kepada kejayaan anda dalam dunia perniagaan.

Dikatakan bahawa kebolehan mengadaptasi bahasa tubuh lawan bercakap anda, mampu mewujudkan suasana komunikasi yang selesa dan terbuka. Ia juga memberi petunjuk bahawa anda memahami apa yang sedang diperkatakan oleh individu tersebut.

Antara bahasa tubuh lain yang boleh dipraktikkan ketika berkomunikasi adalah hubungan mata yang menunjukkan hormat, membiarkan lawan bercakap anda menghabiskan kata-katanya tanpa gangguan juga merupakan satu bentuk penghormatan.

Selain itu, dengan membongkok sedikit kehadapan dan kebelakang dengan postur terbuka membawa maksud anda bersedia untuk satu komunikasi yang lebih selesa.

Infografik yang menarik dan berinformatif ini berkongsi ringkasan kepentingan bahasa tubuh dalam komunikasi. Turut di kongsi, tip-tip bagaimana menjadikan diri anda menonjol sebagai seorang yang berkeyakinan dan berkarisma walaupun ketika berbual.

Infografik ini secara spesifiknya menunjukkan betapa mudah untuk membina dan meluaskan jaringan rakan perniagaan apabila anda menggunakan manerisme (sifat tertentu yang terdapat dalam tingkah laku seseorang) dengan betul. Selamat membaca!

Infografik - Bahasa Tubuh Dunia Perniagaan

Sumber: dailyinfographic


Tags: , , , ,

Komen (1)

Pendapat anda?