Tip Jualan – Berendah Hati Dan Murahkan Kata-kata Maaf

January 28, 2015 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Komunikasi / Pemasaran

Tak kira dengan siapa pun juga yang kita bertemu dan berjumpa, terutama pada bakal pembeli atau pelanggan hendak melakukan penawaran apa salahnya kita bermula selepas memberi salam dengan memohon kemaafan. Tidak ada salahnya.

Minta maaf

Tujuannya adalah untuk mendapatkan tarikan permulaan betapa berhemah dan bersopannya kita, apabila melakukan pertemuan terutamanya buat pertama kali. Inilah yang perlu kita praktik kan apabila bertemu dengan mereka. Antara contohnya apa yang di maksudkan ini adalah seperti,

  • “Salam cik, mohon maaf, boleh saya tahu nama cik?”
  • “Apa khabar encik, mohon kemaafan andai kata kedatangan saya ini telah mengganggu masa encik.”
  • “Maaflah encik jika apa yang akan saya perkatakan ini, Encik lebih banyak mengetahuinya dari saya”
  • “Ternyata Encik nampaknya terlalu sibuk, mohon maaf jika saya benar-benar mengganggu masa Encik”
  • “Saya Ahmad dari Syarikat ABCD, mohon maaf boleh saya terangkan serba sedikit tentang produk yang ingin saya tawarkan”
  • “Minta maaf, boleh saya bertemu dengan Encik Megat?”

Tidak salah kita merendah diri. Yang salahnya jika kita datang tanpa adanya rasa hormat kepada mereka. Kalau beginilah kita lakukan sudah semestinya kita tidak akan dilayan. Bila tidak dilayan macam mana agaknya untuk kita lakukan jualan. Kerana itu berhemah dan bersopan penting kita terapkan dalam diri kita apabila melakukan jualan.

Kita berhemah dan bersopan sudah tentu mereka juga akan berhemah dan bersopan tidak kira apa juga taraf kehidupan, pangkat dan jawatannya bila kita bersua muka dengan mereka. Semuanya boleh dilakukan tanpa memberikan dan mewujudkan sebarang kemarahan dan celaan dari orang lain.

Kredit foto: Pounkie, Wiertz


Komen (1)

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. Ianya amat memberi manfaat kepada saya. Walaupun artikel ini ringkas, tapi ramai dikalangan kita yang kurang mengucapkan perkataan ini ketika berkomunikasi.

    Ramai orang fikir dengan menjual secara terus (hardselling) akan mendedahkan jenama atau produk kita kepada pelanggan. Ya, tetapi apa yang penting komunikasi berkesanlah yang memberikan impak kepada jualan dan bisnes kita.

    Komunikasi berkesan termasuklah berlaku sopan dan merendah diri.

Leave a Reply to Faizul Hafiz Batal (Cancel)