Tip Jurujual Unggul : 5 Adab Usahawan Melayu Ketika Menjual

September 09, 2013 — Penulis:

Kategori: Kepimpinan / Motivasi

Usahawan Melayu sememangnya antara usahawan yang hebat serta berprofil tinggi dan mampu bersaing dengan bangsa yang lain di arena perniagaan ini. Setiap kesungguhan dan kegigihan bangsa Melayu ini tidak dapat disangkal serta diperkecilkan oleh bangsa-bangsa yang lain.

Bak kata pepatah, “Biar putih tulang, jangan putih mata,” sekali orang Melayu menjejakkan kaki dalam bidang keusahawanan ini, sampai bila-bila pun mereka tidak akan mengalah tidak kira apa juga cabaran, dugaan dan ancaman yang melanda. Inilah prinsip hidup usahawan Melayu.

Namun begitu walaupun kita bersemangat waja seperti kata Hang Tuah bahawa “Takkan Melayu Hilang Di Dunia,” adakalanya sebagai orang Melayu, kita sedikit sebanyak terikut-ikut dengan cara, adab dan budaya masyarakat Melayu sendiri ketika kita mahu melakukan jualan.

Ya, orang Melayu sememangnya penuh dengan adab dan budaya yang tersendiri. Tetapi kadangkala jika kita terbawa-bawa adab dan budaya ketika melakukan jualan, ia akan memeningkan kepala kita kembali. Mana yang baik kita jadikannya teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.

Antara 5 adab dan budaya yang sering diamalkan oleh usahawan Melayu ketika menjual ialah:

#1 – Cakap Berlapik

Sentiasa menjaga hati dan emosi orang lain ketika berkomunikasi. Biarlah penerangan kita panjang berjela asalkan tidak mengguris hati orang lain. Jika orang Jepun dikenali dengan tunduk hormatnya, di Malaysia pula terkenal dengan penggunaan ayat yang berhemah serta berbudi bahasa.

#2 – Mudah Tersentuh

Keinginan untuk menjual itu ada tetapi sentiasa mudah tersentuh dan tidak sampai hati untuk menolak permintaan bakal pembeli untuk menurunkan harga. Sebagai orang Melayu, kita mudah berasa kasihan pada orang lain dan mudah untuk menjualnya dengan harga rendah dengan niat untuk membantu.

berniaga

#3 – Berasa Segan Silu

Antara sikap biasa usahawan Melayu ialah sentiasa berasa malu dan segan untuk menjual produk walaupun telah lama menjual terutamanya berdepan dengan golongan yang tidak dikenali. Secara tiba-tiba sahaja lidah menjadi kelu dan melepaskan peluang keemasan ini begitu sahaja akibat malu.

#4 – Berasa Serba Salah

Kebiasaannya semasa pengguna cuba untuk tawar menawar ketika kita menjual, secara tiba-tiba sahaja kita menjadi serba salah untuk menetapkan berapakah harga yang dapat memastikan anda mendapat keuntungan. Ini kerana bukan senang untuk mendapatkan pengguna yang benar-benar berminat untuk membeli.

#5 – Selalu Mengalah

Sikap terlalu beralah sehingga sanggup mengalah sehingga membiarkan orang lain merebut peluang di depan kita dengan alasan tidak perlu tamak serta jika ianya peluang kita, tidak akan lari gunung dikejar. Asalkan orang lain tidak berasa marah serta sakit hati, ia sudah melegakan hidup kita.

5 perkara di atas membuktikan bahawa orang Melayu sememangnya kaya dengan adab dan adat sehingga sering bersopan santun dan memikirkan kelebihan orang lain serta sangat berhemah ketika melakukan jualan. Namun begitu, adakah setiap budaya dan sikap ini perlu diamalkan ketika menjual?

Fikir serta kaji sebaik mungkin baik berkenaan dengan baik dan buruknya suatu tindakan itu kepada perniagaan kita. Yang baik itu kita ikuti dan amalkan dalam urusan bisnes tetapi yang buruk itu kita jauhi agar kita tidak melakukan sesuatu yang boleh merugikan diri pada masa depan.

 

(Sumber gambar: framptoP. sseme)


Tags: , , , , , , , , ,

Komen (5)

  1. ada benarnya apa yg dsmpaikn mlalui artikel ini..tp kita harus ingat..org kita byk yg tersilap..bukan adat dan abab yg kita warisi..adab dan adat kita bnyk brsandarkan ajaran Islam..maka harus difahami falsafah adat dan adab org kita..berbalik pd topik artikel ini..nenek moyang kita dulu sbnrnya sdh ada berpesan, buat baik “berpada-pada”, buat jahat jgn sesekali..sekian, wassalam.

Leave a Reply to titan Batal (Cancel)