Tip Yakin Diri Menjual Produk

November 14, 2011 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Di Malaysia, aktiviti jualan ibarat satu mimpi ngeri khususnya bagi bangsa Melayu. Kita sering diprovokasi agar berasa takut untuk menjual. Oleh itu, apabila ada sebarang aktiviti yang memerlukan kita untuk menjual, kita akan rasa takut dan hilang keyakinan diri.

tidak berkeyakinan untuk menjual

Menurut kajian, manusia takut untuk menjual kerana khuatir terhadap respon negatif yang akan diberikan oleh prospek. Kita risau kata-kata mereka yang akan menolak tawaran produk yang akan kita perkenalkan.

Secara tidak langsung, kerisauan itu memberikan kesan kepada tubuh badan kita untuk berhadapan dengan pelanggan. Di sini pelanggan dapat lihat ketakutan kita untuk bercakap dengan mereka.

Sifat Takut Meragukan Pelanggan

Secara psikologi, ketakutan kita yang akan meningkatkan tahap keraguan pelanggan untuk mendengar maklumat lanjut mengenai produk yang ingin kita jual.

Bayangkan esok muncul seorang jurujual yang datang kepada kita, kemudian beliau memberikan penerangan produk dengan raut muka seperti kita ini harimau yang akan menerkam mereka pada bila-bila masa.

ragu-ragu untuk menjual

Dalam masa sama, suara dan tangan mereka terketar-ketar. Seperti mereka bersikap begitu jujur untuk memberitahu kita sebagai pembeli, akan tertipu apabila membeli produk yang mereka jual.

Apakah reaksi kita ketika itu? Bagaimana tahap keyakinan kita terhadap pelanggan?

Justeru itu, fokus utama seorang jurujual adalah mencapai tahap keyakinan yang tinggi terlebih dahulu sebelum mula menjual. Carmine Gallo, pakar komunikasi jualan menyatakan, perubahan drastik jualan hanya berlaku berdasarkan gaya fikir dan tahap keyakinan seseorang.

Ini bermakna, mempelajari bagaimana untuk meyakinkan diri sendiri adalah asas sebelum membuat jualan.

3 Tip Untuk Meningkatkan Keyakinan Diri

Sebelum berjumpa dengan pelanggan, tingkatkan keyakinan diri kita menerusi 3 tip berikut:

#1 – Berpakaian Kemas

Cara kita berpakaian melambangkan kredibiliti terhadap diri kita sendiri. Manusia akan berasa lebih yakin apabila mereka lihat diri mereka kemas, cantik dan juga bergaya. Namun begitu, berpakaian kemas tidak bermakna kita perlu membeli kemeja atau jaket yang mahal, semata-mata untuk pergi menjual produk.

berpakaian kemas ketika menjual

Cukup dengan memakai sesuatu yang kelihatan bersih, selesa dan cantik dipandang orang. Ini kerana pelanggan tidak akan tanya pakaian kita dibeli dari mana. Apabila kita berpakaian kemas, pelanggan secara automatik akan selesa untuk berkomunikasi.

#2 – Memahami Produk

Penjual yang tidak memahami produk tidak akan berjaya menambat hati pelanggan. Pelanggan dapat menilai sejauh mana pengetahuan yang kita ada terhadap produk yang kita jual, dengan bertanyakan beberapa soalan asas.

Untuk menjadi jurujual yang yakin dan berkredibel, fahamkan terlebih dahulu fungsi keseluruhan produk yang kita ingin jual. Dapatkan maklumat yang berdasarkan fakta dari pelbagai sumber.

Apabila kita menyampaikan maklumat yang padat dan sahih, pelanggan akan tertarik untuk membeli daripada kita. Kerana kita dipandang sebagai jurujual yang tahu tentang produk yang ingin dijual.

#3 – Ada Personaliti

Brian Tracy, pakar jualan berkata,

“Jurujual yang yakin, hebat dan disukai pelanggan adalah mereka yang mempunyai personaliti. Mereka unik berbanding jurujual-jurujual lain.”

brian tracy - pakar jualan

Menjadi unik dapat membantu kita meningkatkan keyakinan diri. Kerana kita sedar kita seorang sahaja yang mempunyai personaliti itu. Sebagai contoh, kita menggunakan bahasa yang sopan sebagai personaliti utama.

Ini bermakna, apabila kita berjumpa dengan pelanggan, kita menggunakan ucapan-ucapan yang tidak merendah-rendahkan mereka seperti ‘Tuan’, ‘Cikpuan’ dan sebagainya. Senyuman juga adalah salah satu daripada elemen personaliti yang menarik.

Oleh itu, kenal pasti personaliti diri kita sendiri. Kemudian gunakan ia sebagai medium untuk meningkatkan keyakinan diri dan senjata untuk memikat hati pelanggan, supaya membeli produk yang kita jual.

Jurujual Hebat Mencintai Jualan

Manusia yang hebat dan maju adalah manusia yang mencintai apa yang mereka lakukan. Sama juga seperti jurujual, kita hanya boleh menjadi seorang jurujual yang hebat apabila kita mencintai aktiviti menjual.

jurual hebat mencintai jualan

Justeru itu, tanya pada diri kita sendiri, adakah kita suka menjual? Jika tidak, upah jurujual lain atau kita akan berasa sukar dan sifat takut-takut akan sentiasa menghantui diri apabila menjual produk kepada pelanggan.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (andruconando_zedavidjcolbranjzakariya)


Tags: , , , , , , ,

Komen (12)

  1. Terima kasih di atas panduan yang diberikan. Tambahan pada yang di atas saya cadangkan kalau janji dengan pelanggan jam 9 pastikan datang 10-15 minit awal daripada itu terutamanya pertama kali datang. Pelanggan tidak tunggu kita. Kita boleh tunggu pelanggan. Kalau pertama kali boleh bawa rakan atau pasangan(isteri@suami,kawan2) untuk membantu dan boleh memberi keyakinan kepada kita. Harap ini juga membantu.

    1. Zulhilmi Zainudin
      November 15, 2011

      Benar tuan Ahmad. Saya setuju tentang aspek ketepatan masa ini. Kita yang menjual, kita harus datang awal. Jangan buat pelanggan tertunggu-tunggu kita. Kita akan dipandang serius dan berminat untuk membantu pelanggan jika kita menepati masa. First impression itu penting! 🙂

  2. Setiap orang Melayu mesti tanam keyakinan dalam hati yang mereka boleh menjadi Bangsa Usahawan terlebih dahulu. Dari situ baru keyakinan menjual akan timbul.

  3. Jualan dari hati yang ikhlas, tingkat yakin dirinya lebih cerah pulangannya. Berbanding penjual yang semata-mata bermotifkan sasaran ‘jiwa kacau’ dan ‘keuntungan terlampau’, tanpa mempeduli kualiti servis / khidmat selepas jualan pada pelanggannya.

  4. Maaf, saya baru sahaja bekerja sebagai sales marketing . Saya nak tanya, macam mana nak buang sifat ‘malu’ nak berhadapan dengan pelanggan ?

Leave a Reply to Ahmad Tarmizi Batal (Cancel)