ISI KANDUNGAN
Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW,
“Kewajipan seorang Muslim ke atas Muslim yang lain ada enam.”
Lalu ada yang bertanya,
“Apakah itu ya Rasulullah.”Maka beliau menjawab,
“Apabila kamu bertemu dengannya maka ucapkanlah salam kepadanya, apabila dia mengundang mu maka penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepada mu maka berilah nasihat kepadanya, apabila dia bersin lalu memuji Allah maka doakanlah dia -dengan bacaan yarhamukallah, apabila dia sakit maka jenguklah dia, dan apabila dia meninggal maka iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim)
Sebagai seorang muslim, kita wajib mengikuti sunnah Rasulullah SAW dalam seluruh aspek kehidupan kita termasuklah dalam setiap urusan perniagaan.
Tidak susah untuk kita mengamalkan sunnah Rasulullah. Pada awalnya mungkin kita hanya lakukannya secara kebetulan, tetapi setelah dilakukan berkali-kali ia akan menjadi kebiasaan dan amalan. Segalanya akan dilakukan secara automatik sahaja tanpa sedar.
Terlalu banyak kelebihannya jika kita mengamalkan sunnah Rasulullah dalam perniagaan kita. Kita bukan sekadar mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah semata, kita juga akan mendapat keuntungan di dunia dan akhirat.
Malah pelanggan akan lebih senang dan yakin untuk berurusan dengan kita jika kita mengamalkan sunnah Rasulullah SAW yang secara tidak langsung membentuk diri kita menjadi seorang yang berperibadi mulia.
Berikut merupakan 6 cara yang boleh anda lakukan untuk lebih dicintai serta disenangi para pelanggan menurut sunnah Rasulullah SAW
#1 – Sentiasa Ucapkan Salam
Sudah menjadi satu kebiasaan untuk kita memberikan salam kepada orang-orang Muslim yang kita temui. Jika kita ketemu orang bukan Islam pula, kita perlu ucapkan Selamat Sejahtera, Helo dan sebagainya.
Memberikan salam adalah sunat, tetapi menjawab salam adalah wajib. Apabila kita mendoakan orang lain sentiasa sejahtera, mereka pasti mendoakan kita juga agar sentiasa dalam keadaan sejahtera.
Sangat banyak hikmahnya jika kita mengamalkan sunnah Rasulullah ini dalam urusan perniagaan kita. Memberikan salam ini juga dapat menimbulkan kemesraan antara anda dan para pelanggan anda. Ia merupakan satu ibadat, tidak perlu malu atau berat mulut memberikan salam.
#2 – Sentiasa Memenuhi Undangan Pelanggan
Jika ada prospek ataupun pelanggan yang menjemput kita untuk menghadiri kenduri serta majlis, maka ia menjadi kewajipan kita untuk menghadirinya terutamanya jemputan yang diberikan secara lisan (mulut).
Inilah masanya untuk anda mengambil hati serta menjaga perasaan mereka sebagai pelanggan anda. Mereka akan merasakan diri mereka penting di mata anda. Malahan kita juga dapat berkenalan dengan bakal-bakal prospek baru setelah disyorkan sendiri oleh pelanggan anda di majlis.
#3. Sentiasa Menasihati Mereka Bila Diperlukan
Sebagai peniaga dan usahawan, kita amatlah disarankan untuk membantu mereka yang sedang dalam kerungsingan terlebih dahulu dan bukannya terus menjual dan mengambil kesempatan daripada masalahnya itu.
Jika satu hari ada prospek atau pelanggan yang kita temui berjumpa secara mengejut meminta nasihat daripada kita, berikan nasihat seikhlas hati. Kejujuran anda membantu merupakan perkara penting yang menjadikan anda lebih dipercayai dalam setiap urusan masa hadapan.
#4 – Sentiasa Mendoakan Mereka
Kebiasaannya apabila kita melihat orang bersin, kita akan memberikan reaksi negatif sama ada menyebut ‘alamak’ mahupun menutup hidung kerana seoloah-olah ia bakal menjangkiti kita.
Jika anda melihat pelanggan anda bersin, maka ucapkanlah “Yarhamukallah” kepada mereka. “Yarhamukallah” bermaksud semoga anda diberikan rahmat Allah SWT. Mendoakan kebaikan kepada orang lain merupakan tugas kita sebagai muslim yang sejati.
Usah kedekut untuk mendoakan kebaikan kepada orang lain. Tunjukkan keikhlasan dan keperibadian yang baik sebagai seorang Muslim, sudah pastinya kita juga akan mendapat kebaikan dikemudian hari. InsyaAllah
#5. Sentiasa Menziarahi Pelanggan Anda
Jika pada suatu hari ada diantara pelanggan anda yang tiba-tiba jatuh sakit serta terlantar di hospital mahupun di rumah mereka, maka adalah satu kewajipan untuk kita menziarahi mereka dengan penuh keikhlasan.
Usah berlengah, segeralah menziarahi mereka setelah menerima berita buruk yang mereka hadapi tersebut. Para pelanggan akan rasa terharu diambil berat oleh anda. Kita juga dapat mengenali ahli keluarga serta sahabat handai mereka dengan lebih rapat lagi.
Sentiasalah mengamalkan 5 perkara di atas, bukan sekadar kepada prospek atau pelanggan semata tetapi juga sesama orang-orang Muslim yang lain. Kita akan jadi lebih diyakini serta dipercayai malahan kehadiran kita juga turut disenangi semua orang.
Setiap perbuatan kita melambangkan keperibadian kita, maka semaikan dan amalkanlah 6 perkara di atas serta sentiasalah mengambil berat mengenai pelanggan kita sewaktu mereka sihat, sakit mahupun meninggal dunia, nescaya kita akan dipandang tinggi oleh semua orang.
Saya setuju dengan poin mendoakan pelanggan. Apabila pelanggan mendapat sesuatu produk / servis kita, kita sebagai penjual perlu mendoakannya agar mendapat manfaat daripada produk / servis kita.
Semoga Allah permudahkan pelanggan kita itu untuk pulih (jika membeli produk kita kerana sakit) dan hidupnya bertambah baik selepas menggunakan produk / servis kita.
saya minat dalam perniagaan,namun saya tiada kewangan.saya seorang perlajar sepenuh masa,apakah yang patut saya lakukan untuk meneruskan minat ini?saya hendak mulakan dari sekarang,pendapat saya,sekarang saya masih muda baru berusia 19 tahun,ada sesiapa boleh membantu saya??saya mengharap sangat..boleh menghubungi saya jika ada jawapannya..0123441467
Salam… dgn usia yg muda sudah ada kesedaran dan minat untuk berniaga.. Terus terang saya amat cemburu dgn anda.. Mulakan dgn kecil kecilan, dgn modal serendah mungkin. Bina ‘tapak’ dlm perniagaan dulu, cari pengalaman, cari ilmu.. insha Allah anda akan berjaya suatu hari nanti…