TRUMP Transformasi Realistik Usahawan Membangunkan Perniagaan

November 25, 2013 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Kepimpinan / Motivasi

Assalamualaikum buat para pembaca Majalah Niaga yang beragama Islam dan salam sejahtera buat semua pembaca yang senantiasa bersemangat dalam melalui perjalanan sebagai seorang usahawan. Ini adalah artikel saya yang pertama selepas artikel terakhir tersiar pada Januari 2012 dengan tajuknya Episod 6 : Minda Jutawan Trump sebagai Usahawan. Kali ini, kita masih membicarakan berkenaan keusahawanan dan transformasi minda sebagai seorang usahawan.

Pada 9 November 2013, Sabtu yang lalu, saya telah diundang menjadi trainer untuk sebuah bengkel keusahawanan wanita yang bertajuk  Program Transformasi Pra Minda Usahawan Wanita “U-Boleh” anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang. Rata-rata peserta yang hadir adalah usahawan-usahawan wanita yang baru memulakan perniagaan, baik secara on line atau off line  dan mereka yang sudah lama menjalankan perniagaan tetapi masiuh berada di landasan yang sama setelah bertahun-tahunpadded sumo wrestling suits.

DonalTrumpMind1

Memandangkan saya diamanahkan oleh pihak penganjur untuk menyampaikan kepada peserta berkenaan transformasi minda dalam membangunkan perniagaan tetapi dengan slot masa yang diberikan hanya dua jam. Maka, saya telah memberi penekanan peri pentingnya visi dan misi keusahawanan untuk membolehkan mereka meneruskan kesinambungan perniagaan yang dijalankan.

Agak mengejutkan kerana sebahagian besar peserta tidak pernah menggariskan secara bertulis mengenai visi dan misi mereka dalam perniagaan. Namun, jika diperhalusi, sebenarnya,situasi di atas bukan sahaja berlaku kepada para  peserta bengkel tersebut tetapi masih ada ramai usahawan di luar sana yang mengabaikan perkara ini. Mereka beranggapan, visi dan misi perniagaan hanya untuk perniagaan yang besar atau untuk usahawan yang berjaya dengan keuntungan berpuluh-puluh ribu RM setiap bulan.

TrumpMind

Mungkin juga, ada di antara usahawan ini yang telah menetapkan visi dan misi perniagaan dan diri mereka sebagai usahawan tetapi visi dan misi ini hanya ada di dalam fikiran mereka sahaja. Tidak pernah tertulis di mana-mana.

Apatah lagi, dicetak dan ditampalkan di pejabat, di rumah atau premis perniagaan dijalankan. Secara tidak sedar, kita sebenarnya telah meletakkan perjalanan kita sebagai seorang usahawan dalam jalan yang bersimpang siur. Jalan yang akan menyebabkan kita mudah teperangkap dengan ancaman-ancaman luaran dan dalaman.

Untuk itu, sebagai permulaan transformasi minda keusahawanan kepada para peserta tersebut. Saya telah membawa peserta memahami dan menghayati konsep keusahawanan dalam Islam yang akan dijadikan sebagai visi besar seorang usahawan. Antara konsep kusahawanan Islam yang dibahaskan ialah Visi Keusahawanan NazriKadir Premier Advisor yang bersandarkan kepada Surah Fatir  29:30;

“Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta menafkahkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara tersembunyi atau secara terang-terangan, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurniaanNya.”

Antara intipati Visi Keusahawanan berdasarkan ayat tersebut ialah:

  1. Seorang usahawan perlu mempunyai visi dan misi dalam perniagaan yang berteraskan kepada syariat Allah SWT seperti tidak terabai dengan kesibukan perniagaan sehingga meninggalakn amalan wajib seperti solat lima waktu dan sebagainya.
  2. Seorang usahawan perlu bertindak bijak dalam menetapkan visi dan misi keusahawanan agar perniagaan yang dijalankan akan beroleh keuntungan yang diberkati dan dapat memanfaatkan kehidupan ramai orang.
  3. Seorang usahawan juga perlu menetapkan visi dan misi berkenaan keuntungan perniagaan yang dijalankan,di mana,ada bahagian yang perlu dinafkahkan kepada insan-insan lain melalui amalan bersedekah, berzakat dan mewakafkan harta yang dimiliki.

Apabila seseorang usahawan dapat memahami visi dan misi keusahawanan seperti yang terkandung dalam Surah Fatir 29:30, adalah lebih mudah kelak untuk mereka merangka visi dan misi mereka sebagai usahawan yang inginkan kejayaan di dunia dan akhirat. Tindakan seterusnya dalam erangka visi dan misi keusahawanan ialah kefahaman terhadap konsep visi dan misi itu sendiri disney jumpers for sale.

Buku Berfikir Gaya Trump mukasurat 37 mencatatkan :

“Visi kita akan menaikkan kita ke atas di mana sahaja kita berada. Visi kita akan melindungi, ia juga mempertahankan kita daripada ancaman dan saranan negatif.”

Adam Einstedt, Director of Communication: Trump University

Kita akan sambung berkenaan visi dan misi keusahawanan dalam artikel akan datang. Sehingga masa itu, sudahkah anda menetapkan visi dan misi perniagaan anda secara bertulis?

Foto Kredit: giarc80maryvery104026696


Tags: , , , , , ,

Komen (5)

    1. Tuan Akmal.Boleh sahaja dan lebih sesuai jika Tuan menghadiri kelas BMC saya yang akan membantu membuatkan visi dan misi Tuan dalam perniagaan lebih jelas dan kukuh.

  1. Alhamdulillah, awal-awal dulu dah pernah tulis misi dan visi ni. Maka setiap kali saya mula rasa hilang arah sekejap, saya akan tengok balik misi dan visi yang di tulis sebelum ni 🙂

Leave a Reply to NazriKadir Batal (Cancel)