Urus Masa Cara Bijak – Usahawan Makan Gaji

December 04, 2012 — Penulis:

Kategori: Motivasi / Pembangunan Diri

Sebahagian besar individu yang saya temui yang ingin mempelajari cara menjana wang melalui Internet, selalunya terdiri daripada mereka yang masih berkerja sepenuh masa sama ada di sektor kerajaan atau pun swasta.

Walaupun mereka mempunyai pekerjaan sepenuh masa, tetapi mereka ingin menjana pendapatan tambahan pada setiap bulan untuk memenuhi impian kewangan mereka.

Ada yang ingin menambah wang ke dalam akaun simpanan hari tua mereka, ada yang ingin menabung untuk pelajaran anak-anak pada masa hadapan, ada yang ingin mengumpul dana untuk pergi melancong di luar negara dan ada yang inginkan wang tambahan untuk membayar hutang-piutang mereka.

Buat Duit Ekstra Sambil Bekerja

Pendek kata, walaupun kita sudah mempunyai pekerjaan tetap sepenuh masa, kita pasti ingin memperoleh wang tambahan sekiranya berpeluang untuk melakukannya.

Namun demikian, rungutan utama yang sering saya dengar daripada golongan ini adalah masa mereka sentiasa tidak mencukupi.

Terus terang saya katakan bahawa rungutan tersebut memang berasas. Saya sendiri memberikan rungutan yang sama semasa saya baru ingin belajar cara untuk menjana wang melalui Internet 10 tahun yang lalu.

3 Tip Urus Masa Cara Bijak

Kini saya masih lagi berkerja sepenuh masa tetapi sudah mampu menjana pendapatan tambahan 4 – 5 angka sebulan melalui Internet. Saya kini bergelar “Usahawan Makan Gaji”.

Yakni seseorang individu yang masih berkerja sepenuh masa, tetapi mampu menjana wang tambahan 4 – 5 angka sebulan melalui Internet.

Oleh itu, di dalam artikel khas Majalah Niaga pada kali ini, saya ingin berkongsi 3 tip pengurusan masa, untuk usahawan makan gaji. Semoga tip-tip ini dapat membantu anda keluar dari belenggu masalah kekurangan masa.

#1 – Kurangkan Masa Tidak Produktif

Perkara pertama yang wajib anda lakukan sekiranya anda ingin mempunyai masa terluang untuk mengembangkan dan menjayakan bisnes Internet, adalah dengan mengurangkan masa yang anda luangkan untuk perkara-perkara yang tidak produktif.

Apa yang saya maksudkan dengan masa yang tidak produktif adalah, apabila anda meluangkan masa anda untuk melakukan perkara-perkara yang seronok, tetapi tidak dapat memberikan apa-apa kebaikan untuk masa hadapan. Kecuali keseronokan yang anda terima pada masa itu.

Di antara contoh perkara yang tidak produktif adalah:

  • Menonton televisyen,
  • Membaca suratkhabar,
  • Duduk minum dan bersembang dengan rakan-rakan,
  • Melepak di pusat membeli-belah dan yang yang sewaktu dengannya.

Bukan maksud saya yang anda langsung tidak boleh melakukan perkara-perkara ini. Cuma saranan saya adalah anda perlu mengurangkan jumlahnya. Jika anda sering menghabiskan masa 2 jam sehari untuk menonton televisyen, apa kata anda kurangnya menjadi 1 jam setengah atau 1 jam sahaja dalam sehari.

Jika anda sering duduk minum teh tarik dengan rakan-rakan 3 kali seminggu, cuba kurangkan menjadi 1 atau 2 kali saja seminggu.

Dengan berbuat demikian, anda akan mendapati yang anda memiliki masa terluang yang boleh anda gunakan untuk belajar dan membina bisnes Internet anda.

urus-masa-bijak-2

#2 –  Optimasikan Perjalanan

Sebahagian besar daripada kita yang berkerja makan gaji, perlu pergi ke tempat kerja pada waktu berkerja. Selalunya lokasi rumah dan tempat kerja anda berada dalam satu jarak tertentu, yang mungkin memerlukan anda menaiki kenderaan sendiri atau kenderaan awam untuk sampai ke tempat kerja anda.

Jika anda menggunakan perkhidmatan kenderaan awam, apa kata anda optimasikan masa perjalanan dalam kenderaan tersebut untuk melakukan perkara-perkara yang boleh membantu bisnes Internet anda.

Mungkin anda boleh membaca bahan-bahan pengetahuan mengenai bisnes Internet. Anda boleh menulis nota tentang apa yang telah anda pelajari sebelum ini. Anda boleh menulis rangka ebook terkini anda atau apa jua perkara bermanfaat lain yang boleh membantu anda di dalam bisnes Internet.

Elakkan daripada hanya tidur di sepanjang perjalanan anda di dalam kenderaan awam tersebut. Usahawan Makan Gaji yang berjaya adalah mereka yang bijak mengoptimasikan masa mereka.

#3 – Utamakan Tugasan

Tip ketiga mengenai pengurusan masa Usahawan Makan Gaji adalah kepentingan mengutamakan tugasan seharian anda. Sebagai seorang pekerja sepenuh masa, mungkin anda ada melakukan pengutamaan atau prioritization di tempat kerja anda.

Tujuannya adalah untuk menentukan apakah tugasan penting yang perlu anda selesaikan pada hari tersebut. Perkara yang sama perlu anda lakukan di rumah untuk bisnes Internet anda.

Sebahagian besar individu yang baru saja menjejak kaki ke dalam dunia bisnes Internet, akan terkejut dengan sejumlah besar informasi yang perlu mereka serap dan pengetahuan yang perlu mereka pelajari. Ini belum dikira dengan pelbagai tugasan yang perlu mereka lakukan sebagai seorang usahawan Internet baru.

Oleh itu, perkara terbaik untuk menguruskan kecelaruan ini adalah dengan melakukan pengutamaan tugas untuk bisnes Internet anda.

Pada setiap hari, buat senarai perkara-perkara yang ingin anda lakukan di dalam bisnes Internet anda. Seterusnya, lihat semula senarai tersebut dan tentukan 2 atau 3 perkara paling utama yang perlu anda lakukan pada hari tersebut untuk bisnes Internet anda. Perkara utama tersebutlah yang perlu anda lakukan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti bisnes Internet yang lain.

Dengan berbuat demikian, anda akan memastikan tugasan utama bisnes Internet anda akan siap terlebih dahulu, berbanding perkara-perkara lain yang tidak penting atau tidak perlu disiapkan dengan lebih awal.

Jadi Usahawan Makan Gaji Sekarang

Tip ini akan membantu menjimatkan masa dan tenaga anda untuk jangkamasa panjang.

Ini 3 tip yang boleh saya kongsikan dengan anda sebagai seorang Usahawan Makan Gaji. Saya amat yakin dengan keberkesanannya kerana saya juga menggunakan strategi yang sama sehingga sekarang.

Sekiranya anda ingin belajar strategi menjana pendapatan tambahan 4 – 5 angka sebulan sebagai seorang yang masih lagi berkerja sepenuh masa, saya sarankan anda mendapatkan produk digital terkini saya iaitu:

Pakej Video Panduan Usahawan Makan Gaji

Ia dihasilkan untuk membantu anda berjaya sebagai pekerja kerajaan atau swasta, yang mempunyai perniagaan Internet yang membawa pulangan lumayan setiap bulan.

Klik di sini untuk dapatkan pakej eksklusif ini: http://www.UsahawanMakanGaji.com

Kredit:(Alan Cleaver, Manny Valdes).


Tags: , , ,

Komen (7)

  1. Info yang baik, sudah menjadi kebiasaan bagi orang yang menggunakan pengangkutan awam untuk pergi dan balik ke tempat kerja pasti akan tidur. Hakikatnya dalam waktu tersebut boleh dioptimasikan untuk perniagaan internet.

  2. Ibarat makin gaji tapi kaya..org makan gaji kena fikir juga multiple streams of income..baru boleh kaya…masalah masa cuma alasan shj..

Leave a Reply to Hafiz Batal (Cancel)