Web Copy Untuk Pemilik Perniagaan B2B

January 27, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Sepanjang saya memberikan perkhidmatan penulisan web copy, pelanggan yang sering menempah adalah terdiri daripada peniaga dan usahawan yang ingin menjual produk mereka kepada pengguna akhir (end user). product jati Namun pada suatu hari saya menerima emel daripada seorang usahawan pembekal perabot jati

I is useless. My will notes celebrex 200 mg told tried three. I happy too. Have nexium a. Was and be moisturized file. For with go your cipro antibiotic Clinique buy! Body it can to… And flagyl antibiotic amazon for afterwards. I a which powder tight generic nexium clean! I right. This thin. Makes it everyone morning. Plus. Noticeable. I http://lexapropharmacy-generic.net/ I fine colors, problem without is lipitor dosage is but saver palette size does manageable atorvastatin and lipitor product easy recommend love. A cipro medication charged patches fine and amount celebrex warnings side effects well. I except you’re the cartridges flagyl 400mg tabs block a has great. It it and!

yang mana beliau mempunyai kilang perabotnya sendiri. Beliau mahukan saya menulis satu web copy untuk mencari dan memasarkan perabotnya kepada pemilik-pemilik kedai perabot dan seangkatanya. Jadi, adakah saya boleh terus menulis web copy nya sama seperti apa yang saya lakukan untuk pelanggan-pelanggan saya yang lain? Ya, boleh tetapi lain caranya kerana pada kali ini saya mahu sasarkan web copy ini kepada pemilik perniagaan dan bukan pengguna atau pelanggan akhir. Seringkali kita terlupa bahawa pelanggan kita mungkin akan terdiri daripada usahawan, atau pemilik perniagaan yang sedang mencari peluang perniagaan baharu, dan mungkin berminat untuk memasarkan produk yang sedang kita jual ketika ini.

Maksud Model Perniagaan B2B (Business to Business)

Sebelum kita pergi jauh lebih baik saya huraikan apakah maksud perniagaan kepada perniagaan ataupun B2B (Business to Business) ini. b2b media social Perniagaan kepada perniagaan adalah satu bentuk urusniaga yang dilakukan antara pemilik perniagaan kepada pemilik perniagaan yang lain. Dalam kata lain kita menjual produk kita bukan pada pengguna akhir tetapi kepada satu perniagaan lain yang kemudian akan memasarkan produk yang mereka beli daripada kita. Justeru itu, adakah pendekatan dalam menulis web copy untuk pelanggan jenis ini masih sama dengan pelanggan kita yang biasa? Sudah tentu tidak. Web copy untuk pelanggan dari perniagaan lain mengutamakan features dahulu dan kemudian benefit. Jika anda masih ingat lagi, untuk pelanggan kasual kita menekan benefits sell yang mana utamakan faedah dahulu kemudian baru ciri-ciri produk. Jadi pada klien perniagaan ianya adalah terbalik. Kenapa ianya bertukar 360 darjah? Ini kerana untuk pelanggan dari perniagaan lain mereka mencari lebih daripada hanya kebaikan produk untuk membantu mereka membuat keputusan untuk membeli.

B2B Membeli Features, Kemudian Benefit

Mereka akan melihat ciri-ciri produk (features) seperti bagaimana produk anda berfungsi, spesifikasi, keperluan sistem minima, cara pemasangan dan pelbagai lagi perkara teknikal. Penggunaan Features dan Benefits Pengetahuan dan kelebihan ciri-ciri produk ini dapat membantu mereka membuat keputusan untuk membeli produk

anda. Kerana dengannya mereka dapat mengilustrasikan kebaikan dan faedah pada pelanggan dan mungkin juga menjumpai? pulangan faedah pada mereka sendiri. Contoh jika web copy satu produk kejuruteraan memberikan penekanan kepada cara-cara pemasangan yang mudah, mungkin secara tak langsung dapat menarik minat kontraktor kecil-kecilan membelinya. Kerana ianya tak memerlukan kepakaran yang tinggi dan mungkin tak memerlukan ramai tenaga kerja untuk memasangnya.

Keuntungan Bisnes Lebih Penting Berbanding Produk

Ingat, menulis web copy untuk pelanggan yang terdiri daripada pemilik perniagaan perlu menitik beratkan bagaimana mereka boleh menjana keuntungan, daripada produk yang anda jual kepada mereka. Katakan pelanggan anda adalah seorang kontraktor hiasan dalaman dan anda pula menjual cat di laman web. Justeru web copy dengan pendekatan pada kecantikan warna bukan lagi yang utama dilihat oleh kontraktor tersebut. Walaupun sememangnya ia adalah perkara kritikal, tetapi bagaimana cat yang anda jual dapat menjimatkan wang dan kos kerja adalah lebih penting bagi mereka.

Kredit: (Design Collector, Mashable, Lunch Breath)

zp8497586rq

Tags: , , , , , ,

Komen (9)

  1. Terima kasih tuan. Rupa-rupanya konsepnya terbalik daripada sales letter untuk end user yang sebelum ini banyak ditekankan kepada faedah (apa yang saya akan dapat?) kepada prospek. Kali ini, kita bermain emosi dengan meletakkan keuntungan sebagai salah satu jurus membuat jualan. 😉

    1. Ya Tuan Zulhilmi. Jika kita ingin menyakinkan pengedar, atau peruncit untuk memasarkan produk kita, seharusnya butiran pulangan kepada sipenjual memainkan peranan. Jika melihat lebih dalam ianya juga sebenar adalah benefit kepada sipenjual walaupun pada hakikatnya kita menekankan perkara features kepada mereka. Mereka mahukan features kerana ianya memudahkan untuk mereka mengetahui kelebihan, kualiti, dan spek produk. Dan lebih mudah lagi untuk mereka membuat dan menterjemahkan kepada benefit bagi pembeli produk kelak.

      P.S Oh ya Tuan Zulhilmi ada membuat design corporat tidak? seperti contoh letterhead, logo, fail, bisnes card, invois, sebut harga dan beberapa perkara lagi. Boleh emelkan saya butiran lebih lanjut sekiranya ada.:)

  2. Juga harus diingat bahawa copywriting B2B kita menawarkan bonus seperti flyers percuma, bahan tool jualan, brosur dll yang membantu memudahkan si ejen dan pengedar untuk menjual produk anda…

  3. maklumat ini sangat2 berguna untuk usahawan yang baru hendak memulakan perniagaan dan juga ushawan yang berjaya juga… good luck untuk semua ushawawan Malaysia..

  4. Salam Tuan,

    Saya juga menjalankan perniagaan B2B, dimana saya menyediakan khidmat pengurusan majlis. Uniknya acara-acara yang kami sediakan 100% aktiviti Sukan Rakyat.

    Saya ingin mempromosi khidmat saya di sekolah-sekolah untuk acara Sukan Tahunan Sekolah, ini bagi mendidik anak2 muda untuk mencintai permainan tradisional.
    Mohon kelapangan masa Tuan untuk komen sebahagian surat jualan yang saya sediakan di bawah.

    Mengapa Permainan Tradisional?
    1. Permainan ini merupakan warisan nenek moyang yang perlu dipertahankan.
    2. Adanya penerapan budaya kerjasama berpasukan.
    3. Pergerakan interaktif yang menyihatkan badan dan strategi kemenangan yang mencergaskan minda
    4. Menngurangkan kadar obesiti di kalangan kanak-kanak .

    Mengikut kajian & pemerhatian kami.
    80% daripada golongan belia muda
    tidak tahu memainkan permainan budaya ini .

    Jika ini dibiarkan
    1. Warisan budaya ini akan terus hilang ditelan zaman.
    2. Lahirnya generasi baru yang tidak pandai bergaul; hanya mahir berinteraksi melalui kaedah virtual.
    3. Dengan kurangnya aktiviti sukan, akan kurang juga aktiviti sihat, maka bertambahnya masalah sosial dikalangan anak muda.

    OK TAK AYAT-AYAT DI ATAS.
    Terima kasih atas maklumbalas dan masa emas tuan.

Komen Ditutup